Liverpool Akan Menentang Bristol City Atau Shrewsbury Pada Pusingan Ke-4 Piala FA

Undian penuh pusingan keempat telahpun berlalu dan Liverpool yang layak ke pusingan keempat FA Cup setelah menewaskan Everton di Anfield akan menentang Bristol City atau Shrewsbury setelah perlawanan pertama pusingan ketiga kedua-dua pasukan seri 1-1.

Reds akan menentang pasukan dari Liga Championship iaitu Bristol City yang menduduki tangga ke-11 liga. Rekod lima perlawanan lepas Bristol City agak bergelut untuk menang setelah hanya menang sekali, kalah sebanyak 3 kali dan seri juga sekali.

Pasukan yang tidak pernah memenangi Piala FA sepanjang penubuhan kelab cuma hanya sekali menjadi naib juara itupun pada tahun 1909. Tahun lalu hanya sekadar layak diperingkat ke-5 sebelum dikecewakan Wolverhampton Wanderers.

Shrewsbury Town pula menduduki tangga ke-14 dalam liga Divisyen Satu. Rekod lima perlawanan lepas termasuk perlawanan Piala FA menentang Bristol City adalah 2 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah. 

Untuk rekod Piala FA pasukan ini hanya berjaya layak ke suku akhir pada tahun 1979 dan 1982.

Dijangka untuk perlawanan akan datang ini Klopp pasti menagih sentuhan pemain muda beliau yang berjaya menyingkirkan Everton pada perlawanan lepas untuk memenangi perlawanan menentang Bristol City atau Shrewsbury Town dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya. 

Admin :

Selamat maju jaya kepada Liverpool dan para pemain. YNWA

Post Author: Nazz Adam