Liverpool Berjuang Untuk Dapatkan Leon Goretzka Namun Barcelona Pilihan Kedua

Pemain yang dikehendaki oleh Jurgen Klopp ini meninggalkan Schalke menuju ke Bayern Munich. Liverpool sentiasa berjuang untuk mendapatkannya namun pemain berusia 22 tahun ini lebih memilih ke Barcelona sebagai pilihan kedua berbanding Liverpool.

Reds kehilangan pemain tersebut atas perpindahannya ke Bayern Munich. Pemain Jerman ini sangat-sangat diinginkan oleh Jurgen Klopp di Anfield dalam perpindahan percuma, dengan kontrak pemain tersebut di Schalke hingga habis musim ini tetapi Goretzka lebih memilih Bayern.

Ketua eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummeniege kini telah mendedahkan Goretzka akan lebih memilih Barcelona berbanding England jika perpindahannya ke Bayern tidak menjadi kenyataan.

Rummeniege berkata :

“Sekiranya kami tidak menendatangani Goretzka, dia pasti akan ke Barcelona.”

Secara umumnya, ia bukanlah perkara yang bagus bagi sebahagian daripada bola sepak Jerman.”

Goretzka mempunyai bakat yang besar, dia baru berumur 22 tahun dan pemain kebangsaan Jerman dengan potensi yang sangat-sangat besar dalam posisinya.”

“Kami mungkin silap jika tidak cuba jika kami tidak mencuba mendapatkannya.”

Leon Goretzka sangat-sangat diingini oleh Klopp untuk menambah elemen dan menambah kekuatan dibahagian tengah. Jika Liverpool berhasil mendapatkannya maka makin kuat Liverpool dari segi kedalaman skuad dan kemampuan yang mampu menyesuaikannya dengan permainan Klopp di Liverpool.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Nazz Carra