Liverpool Berkemungkinan Memanggil Semula Ben Woodburns Dari Sheffield United

Pemain berusia 19 tahun ini gagal mendapat tempat di Bramall Lane, dengan kelab Liga Championship lain mahu mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman.

Dan The Reds mahu membawa pemain ini pulang ke Melwood terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ke mana hala tuju beliau untuk baki musim ini.

Sebelum ini Woodburn telah dibawa kembali ke Melwood untuk menjalani rawatan berikutan kecederaan buku lalinya. Kali terakhir beliau beraksi bersama Blades adalah ketika perlawanan menentang Nottingham Forest pada 3 November selaku pemain gantian.

Liverpool belum lagi mengumumkan penamatan perjanjian pinjaman Ben Woodburn di Bramall Lane, namun beliau tidak akan kembali di sana. Sheffield United juga telah mendapatkan Kieran Dowell, pemain antarabangsa England Bawah 20 Tahun sebagai pengganti beliau.

Dan persoalan sekarang bagaimana hala tuju Ben Woodburn buat masa sekarang. Meskipun beliau mengalami kesukaran menyesuaikan diri dalam kesebelasan utama pasukan lain, namun Jurgen Klopp dan staf kejurulatihan Liverpool mahu melihat perkembangan beliau dengan baik selepas ini.

Woodburns dijangka kembali berlatih bersama pasukan dalam masa terdekat. Namun begitu, Liverpool telah dihujani pertanyaan dari beberapa kelab Liga Championship seperti Blackburn Rovers, Brentford dan Hull City mengenai kecergasan beliau.

Difahamkan juga Woodburn masih kecewa kerana gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama Sheffield United, dengan hanya diturunkan 2 kali dalam kesebelasan utama dan juga 6 kali sebagai pemain gantian.

Namun beliau masih kekal di bawah perancangan pengurus Wales, Ryan Giggs dengan meraih 9 caps antarabangsa ketika ini.

ADMIN

Beliau mungkin akan menjadi pemain kedua yang kembali selepas dipinjamkan ke kelab lain, selain daripada Ovie Ejaria.

Sumber : Neil Jones – Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman