Liverpool Bersedia Membuat Rombakan Pertahanan Menjelang Pertembungan Dengan Brighton

Kekentalan pertahanan Liverpool bakal teruji di selatan England dengan Dejan Lovren tersisih akibat kecederaan.

Dan Liverpool juga berharap bahawa kecederaan pemain pertahanan Croatia itu tidak berpanjangan meskipun Liverpool ketika ini mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan.

Pemain itu mengalami kecederaan ketika kekalahan menentang Wolves dalam Pusingan Ketiga Piala FA pada awal pagi Selasa.

Lovren telah menjalani imbasan di Melwood dan akan terlepas perlawanan di Amex Stadium, namun beliau dijangka kembali untuk perlawanan menentang Crystal Palace.

Klopp juga telah mendedahkan bahawa tiada pembelian baru untuk pemain pertahanan, dengan Joe Gomez dan Joel Matip belum cergas sepenuhnya sekaligus hanya Virgil Van Dijk satu satunya pemain pertahanan yang cergas buat masa sekarang.

Matip dilaporkan telah menjalani latihan semalam, namun belum pasti samada beliau akan diturunkan. Manakala Joe Gomez pula masih tersisih sekurang kurangnya hingga awal bulan hadapan.

Dan Klopp harus memilih samada mahu menurunkan Fabinho atau Georginio Wijnaldum di bahagian pertahanan hari ini.

ADMIN

Most likely Fabinho akan diturunkan. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman