Liverpool Bersedia Menyertai Boikot Untuk Kejohanan FIFA Baru

Reds bersama sama kelab Eropah lain menentang perubahan dalam Kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA.

Sebelum ini FIFA telah bersetuju untuk mengubah format kejohanan tersebut, terutama perubahan bilangan pasukan dari 7 pasukan kepada 24 pasukan yang bertanding di mana ianya bakal bermula pada 2021.

Pertandingan ini diadakan pada Jun dan Julai setiap 4 tahun sekali dengan 8 kelab dari Eropah dijemput untuk bertanding.

Namun kenyataan dari Persatuan Kelab Bolasepak Eropah (ECA) di mana Liverpool merupakan ahli telah menegaskan bahawa tiada ahli kelab itu akan menyertai pertandingan tersebut.

Menurut kenyataan rasmi dari ahli lembaga pengarah ECA :

“Kami bertegas untuk menentang segala potensi perubahan untuk CWC – tiada ahli ECA akan mengambil bahagian”.

ECA mahu Kejohanan Piala Kelab Dunia menjadi sebahagian rangka kerja yang dipersetujui untuk sebarang perlawanan antarabangsa yang baru bermula 2024.

Kejohanan Piala Kelab Dunia menampilkan 7 pasukan dari 6 benua dan mengambil masa seminggu dalam bulan Disember. Peminat bolasepak dunia melihat kejohanan ini adalah sesuatu yang penting namun mendapat publisiti yang kurang meluas di Eropah.

Liverpool telah menjadi naib juara dalam kejohanan Piala Kelab Dunia ini sebanyak 3 kali, terbaru adalah pada 2005 apabila dikalahkan Sao Poulo menerusi gol kontroversi.

ADMIN

24 pasukan bulan Jun dan Julai, bilalah kelab Eropah nak bersedia dari segi latihan pramusim dan off season yang tenang untuk keluarga pemain?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman