Liverpool Bida Penjaga Gol Alisson Becker Bernilai £62 juta

Liverpool telah memulakan perbincangan dengan AS Roma dengan melakukan bidaan terhadap penjaga gol Brazil, Alisson dengan kadar €70m (atau £62.2m) termasuk beberapa klausa yang lain kepada kelab daripada Seria A itu.

Ketika ini, AS Roma mahukan sekitar €5m untuk menjadikan bidaan kepada €75m (£66.6m) untuk penjaga gol berusia 25 tahun itu yang mana kedua kelab mungkin mahukan persetujuan.

Chelsea juga berminat kepada pemain ini, dan mungkin akan menyebababkan Thibaut Courtois yang dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu. Real Madrid turut berminat. Namun, kedua kelab ini masih tidak melakukan bidaan rasmi kepada AS Roma.

Liverpool telah menandatangani pemain AS Roma musim lepas iaitu Mohamed Salah dan mungkin kelab daripada Itali itu tidak takut untuk menjual penjaga gol utama mereka sekiranya bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

Jika perpindahan ini terjadi, maka Alisson akan menjadi penjaga gol termahal di dunia, setelah perpindahan €53m yang dibayar oleh Juventus untuk Gianluigi Buffon pada tahun 2001 dan €40m harga yang dibayar oleh Manchester City mendapatkan Ederson daripada Benfica musim lepas.

Post Author: Bos LMreds