Liverpool Bukan Ivan Drago, Tapi Rocky Balboa – Klopp

Antara intipati penting dalam sidang media pra perlawanan Liverpool vs West Ham oleh Klopp.

Terlepas sidang media tersebut, jangan risau, ini antara rangkuman dari sidang media tersebut.

Lihat dibawah, untuk mengetahui apa yang dibicarakan Klopp dalam sidang media itu ..

  • Klopp mengatakan, jumlah wang yang dibelanjakan oleh Liverpool adalah ‘biasa’, selepas penjualan beberapa orang pemain yang telah dilakukan sebelum itu.
  • Dejan Lovren dan Ragnar Klavan disahkan tidak akan turun dalam perlawanan Liverpool malam ini menentang West Ham, tetapi Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson dan Fabinho kesemuanya akan turut serta.
  • Klopp turut memuji Alisson, dapat beradaptasi dengan begitu cepat sekali di Anfield walaupun hanya tiba di kelab ini dua minggu yang lalu.
  • Daniel Sturridge, akan terlibat secara langsung dalam perancangan Klopp untuk musim baru ini. Yang mana Klopp mengakui, Sturridge jika dia cergas, bebas dari sebarang kecederaan, tiada siapa yang akan meragui kehebatan penyerang ini.

Akhirnya, Klopp ungkapkan juga mutiara kata buat Liverpool dalam mengharungi musim baru 18/19 ini.

Kami masih Rocky Balboa, dan bukannya Ivan Drago. Kerana keinginan Liverpool begitu tinggi dan akan berlawan habis-habisan untuk mencapainya.

Admin :

Jika ada yang masih tertanya-tanya perkaitan Liverpool, Klopp dan Rocky ini, sila rujuk disini.

Ceritera Klopp : “Sumber Inspirasi Saya” | Episod 2

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds