Liverpool FC Akan Melakukan Kem Latihan 4 Hari Selepas Perlawanan Menentang Porto

Skuad kendalian Jurgen Klopp akan ke Marbella, Spain dengan tiada sebarang perlawanan hujung minggu ini.

Mereka akan ke Porto pada tengahari Selasa dan akan menginap di sana selama sehari, dan kemudian berlepas ke Spain untuk kem latihan 4 hari di sana.

Liverpool tidak akan bermain pada hujung minggu ini selepas tersingkir dari aksi FA Cup di tangan WBA dan ini memberikan Klopp peluang untuk membawa pemainnya ke Costa Del Sol, Marbella.

Mereka akan menikmati suhu yang lebih hangat di sana, iaitu sekitar 17 darjah Celcius.

Mereka akan menjalani latihan sebelah petang di Estadio Dragao sebelum sidang media pra perlawanan untuk UCL.

Liverpool dijangka pulang semula ke Merseyside pada hari Ahad, dengan jarak 10 hari sebelum pertemuan seterusnya. Liverpool akan menentang West Ham United di gelanggang sendiri pada Sabtu, 24 Februari 2018.

Berikut adalah senarai 25 pemain yang akan turut serta ke Porto dan seterusnya ke kem latihan tersebut :

PENJAGA GOL

Simon Mignolet, Loris Karius, Danny Ward, Kamil Grabara

PERTAHANAN

Virgil Van Dijk, Dejan Lovren, Joel Matip, Joe Gomez, Alberto Moreno, Ragnar Klavan, Andrew Robertson, Trent Alexandre Arnold, Nathaniel Clyne.

PEMAIN TENGAH

Georginio Wijnaldum, Adam Lallana, James Milner, Jordan Henderson, Alex Oxlade, Emre Can, Ben Woodburns

PENYERANG

Roberto Firmino, Dominic Solanke, Danny Ings, Mohamad Salah, Sadio Mane.

ADMIN

Kem latihan ini sudah biasa diharungi oleh setiap pemain Liverpool. Namun Clyne kembali!

Sumber :

1. James Pearce – Echo

2. This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman