Liverpool FC Harus Berbelanja Besar Untuk Kualiti Pasukan

Liverpool's summer signings so far - composite

MUKADIMAH

Bayangkan musim hadapan tanpa Jordan Henderson, Adam Lallana, Daniel Sturridge, Phillippe Coutinho dan beberapa pemain utama lain?

Cuma hanya dua muka baru, Loris Karius, Joel Matip dan Marko Grujic serta beberapa pemain muda lain bagi menongkah arus dalam 38 perlawanan liga.

Adakah Liverpool FC akan dapat kembali ke Top Four semula dengan mudah?

Jawapan paling senang

Hanya keajaiban sahaja. Perlu diingatkan Jurgen Klopp adalah seorang yang normal dalam dunia kejurulatihan. Ada pasang surutnya di dalam melatih pasukan bolasepak.

PERPINDAHAN MUSIM INI

Terus terang sebenarnya kita cemburu dengan pasukan rival kita sedang dalam usaha memburu pemain – pemain ternama liga dan dunia amnya. Even pasukan juara pun sedang mula ‘dikikis hingga bulu betis‘ ( ubahsuai sedikit dari sebuah tajuk lagu dari Sarawak ) dengan beberapa pemain utamanya sedang dipancing keluar.

Kenapa nak keluar sedangkan juara liga?

Jawapan utama : Keutuhan kewangan.

Liverpool FC pula?

Khabar angin bertebaran di segenap pelusuk Eropah bahawa Liverpool mahukan pemain ini dan itu. Namun daripada 10 khabar, hanya 1 yang benar. Loris Karius.

Liverpool seolah olah tidak mampu untuk mendapatkan pemain kualiti dengan apa yang mereka boleh berikan di musim depan. Tiada Eropah, pertengahan liga dan proses pengecilan skuad sedang dilakukan.

PEMAIN KUNCI

Terus terang saya menyatakan, bagaimana kita tidak mahukan seorang pemain dalam skuad Liverpool, ada di antara mereka merupakan pemain kunci utama di dalam pasukan. Jordan Henderson, James Milner, Dejan Lovren, Daniel Sturridge, Adam Lallana, Phillippe Coutinho dan beberapa pemain lain ialah ‘pemain kunci’ dalam skuad utama.

Mengapa kita perlu jual pemain kunci utama Liverpool untuk pemain yang kita belum tahu kehebatannya di Liga Perdana?

Tiada sebab yang harus kita jual. Namun jika Liverpool tidak mampu menahan gelora nafsu mereka di saingan Eropah, kita tidak dapat menahan kehendak mereka.

NAFSU EROPAH HARUS DISEKAT

Dengan pelbagai faktor, nafsu ini harus disekat terlebih dahulu. Kenapa?

Menstabilkan semula kelab.

Kelab yang jatuh merudum seperti Liverpool harus segera bangkit dan mula stabil di musim depan. Paksa untuk mereka cari jalan ke Eropah semula.

Bukan sahaja pemain harus ‘dipaksa’, kadangkala di belakang tabir juga harus dipaksa sama.

BAGAIMANA?

Berbelanja besar …. lebih sedikit dengan kualiti.

Kita sedia maklum bahawa Jurgen Klopp bukan jenis pengurus yang suka berbelanja besar untuk pemain. Beliau suka menjadikan pemain itu bernama besar di masa hadapan.

Namun beliau harus juga mempertimbangkan belanja besar untuk menambah 2 atau 3 pemain bernama besar atau lebih kita kenali; mempunyai kualiti.

Kita tahu Liverpool tidak mampu untuk memberi 100% saingan Eropah musim depan. Jadi ada satu cara sahaja; berbelanja besar untuk memancing pemain berkualiti.

Mengapa Perlu Ada Pemain Kualiti Besar? 

Ada beberapa faktor :

1. Kreativiti Pasukan Ditingkatkan

Bermain dengan pemain yang ada kualiti, ibaratlah seperti pemudahcara dalam padang. Hantaran menjadi lebih kreatif, permainan lebih kreatif dan mengajak pemain lain yang muda dan baru untuk lebih kreatif dan mengikut tempo yang disusun Jurgen Klopp.

2. Kegerunan Meningkat

Sebagai bukti bahawa Liverpool adalah pencabar serius untuk Top 4, Piala Domestik dan semestinya memberi kegerunan kepada pasukan lawan terutama berhadapan dengan pemain berkualiti tinggi.

3. Memperbaiki Ego Pemain Muda

Pemain muda adalah mempunyai tahap keegoan yang tinggi di kalangan pemain. Susah dengar cakap. Dengan kualiti yang ada pada pemain mahal, ego mereka akan berjaya diturunkan dengan atas satu faktor; segan.

Even dalam padang pun mereka perlu bimbingan pemain berpengalaman ini.

4. Konsentrasi

Bermain dengan pemain yang mempunyai kualiti tinggi, ibaratlah bermain dengan sepenuh tumpuan. Konsentrasi permainan akan ditingkatkan walaupun dalam latihan atau permainan sebenar.

Kadar kesilapan akan berkurangan jika adanya pemain berkualiti; sebabnya takut kena maki dalam padang. 🙂

5. Menambah dana

Bilangan penonton yang hadir di stadium baharu akan statik tinggi. Kerana mereka mahukan aksi pemain berkualiti itu dilihat dengan mata kepala mereka sendiri.

Lebih lebih lagi dengan pertambahan kapasiti stadium Anfield yang bakal mencecah 53,000 sudah pasti pemilik kelab mahu kesemua kerusi itu penuh setiap kali perlawanan bagi memaksimakan keuntungan.

KESIMPULAN

Walaupun kita boleh berbangga dengan hadirnya Joel Matip, Marko Grujic dan Loris Karius namun ianya belum memadai lagi.

Walaupun kita tahu reputasi Jurgen Klopp yang telah melahirkan ratusan pemain bintang di Germany, beliau selaku jurulatih berpengalaman harus mempertimbangkan juga ‘pengalaman’ yang seharusnya wujud di dalam padang dengan menambah 2 atau 3 pemain berkualiti.

Saya dan penyokong Liverpool lain yakin, Klopp akan diberikan dana yang besar untuk pemain baharu. Jadi dengan dana baharu itu, berbelanjalah dengan bijak dan mengikut keperluan semasa.

Dan akhir sekali, saya amat yakin Jurgen Klopp adalah seorang Jurulatih yang bijak selaras dengan Wawasan 2020.

Post Author: Mohd Nuruzzaman