Liverpool FC Mengumumkan Keuntungan Kelab Sebelum Cukai – Bernilai £125 Juta

Akaun kelab juga mendedahkan sekali rekod keuntungan, kadar pusingan modal (turnover)  serta pelaburan untuk pemain.

Penyata kewangan Liverpool yang berakhir pada 31 Mei 2018 mendedahkan kadar pusingan modal kelab juga bertambah sebanyak 25%, peningkatan £90 juta kepada £455 juta buat masa sekarang.

Ianya meliputi penjualan Phillippe Coutinho ke Barcelona bersama sama bayaran lumayan setelah mengharungi musim UCL 2017 2018 hingga perlawanan akhir.

Sebanyak £137 juta diraih menerusi penjualan pemain sahaja, dan sebanyak £190 juta dibelanjakan untuk pembelian pemain baru musim ini.

Manakala pendapatan dari beberapa sektor seperti media meningkat dari £66 juta kepada £220 juta, pengiklanan dari £17 juta kepada £154 juta dan hari perlawanan meningkat dari £7 juta kepada £81 juta.

Kedudukan Liverpool juga meningkat dua anak tangga dalam Deilotte Football Money League ke tangga ketujuh.

Dan keuntungan sebelum cukai adalah bernilai £125 juta, dan £106 juta selepas cukai yang merupakan tertinggi dalam sejarah – meningkat naik dari keuntungan selepas cukai bernilai £39 juta musim lepas.

Ianya sekaligus memecahkan rekod keuntungan sebelum cukai tertinggi yang dicatatkan 3 tahun lepas sebanyak £60 juta – termasuk penjualan Luis Suarez ke Barcelona.

Meskipun catatan kewangan itu telah menunjukkan keuntungan yang besar namun ianya telah digunakan oleh FSG untuk mengukuhkan skuad Klopp musim panas lepas – yang tidak membawa wang itu keluar dari kelab.

FSG telah membelanjakan sejumlah £173 juta untuk membawa masuk Alisson Becker, Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri selain daripada kos lain yang tidak dinyatakan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Liverpool, Andy Hughes :

“Saya berpendapat inilah trend kenaikan setiap tahun yang menunjukkan pemulihan kewangan kelab”.

“Kita melihat janaan putaran modal sentiasa berkembang sejak FSG memiliki kelab pada 2010. Tahun 2017 kita mencatatkan putaran modal sebanyak £364 juta, namun tahun ini kita mencatatkan £455 juta”.

“Liverpool FC berada dalam situasi kewangan yang sangat kukuh. Kami telah melaburkan semua keuntungan itu kembali ke kelab. Anda dapat rasai perbezaannya”.

“Ianya menunjukkan betapa seriusnya komitmen FSG untuk pelaburan masa depan Liverpool FC”.

Dan Hughes juga mendedahkan dua faktor yang mendedahkan mengapa Liverpool boleh menjana keuntungan yang besar.

“Terdapat dua elemen utama mengapa kelab mencatatkan keuntungan sebegini – penjualan Phil Coutinho dan juga laluan ke Final UCL”.

“Jika anda menjual pemain utama dan melaburkan semula dana itu ke dalam skuad, anda dapat lihat keuntungan yang diperolehi dan juga melihat potensi di masa hadapan”.

“Ia berlaku jika anda menjual pemain, keuntungan atau kerugian yang dijanakan dari penjualan itu akan direkodkan dalam akaun pada hari penjualan tersebut”.

“Dan jika anda beli pemain, segala kos telah ditanggung sepenuhnya sepanjang mana kontrak pemain itu di kelab”.

“Dari sudut media, ia didorong oleh persembahan pasukan di atas padang dan laluan ke Final UCL musim lepas. Sebab itulah kelab berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak £220 juta. Musim sebelumnya itu kami tidak terlibat dalam bolasepak Eropah”.

Nilai perpindahan yang dipersetujui oleh Barcelona dan Liverpool adalah bernilai £106 juta namun dijangka akan meningkat kepada £142 berdasarkan klausa yang dipersetujui oleh kedua dua kelab.

Selain itu, ianya ditambah dengan penjualan Mamadou Sakho, Lucas Leiva dan Kevin Stewart ketika itu.

Liverpool ketika itu membawa masuk Mo Salah, Virgil Van Dijk, Dominic Solanke, Andy Robertson dan Alex Oxlade Chamberlain.

Manakal dari sudut komersil pengiklanan juga dijana dengan 8 rakan kongsi, termasuk tajaan Western Union pada lengan baju serta Falken Tyres dan Joie.

Liverpool juga menyambung semula kerjasama dengan rakan kongsi lain seperti Nivea dan Draft King, serta jualan jersi Liverpool yang mempamerkan logo 125 tahun kelab juga merupakan jualan tertinggi sepanjang sejarah kelab.

Keuntungan hari perlawanan juga meningkat £7 juta berikutan pembabitan kelab dalam kancah Eropah dan penjualan laris hospitaliti hari perlawanan.

Peningkatan itu selaras juga dengan kejayaan pembukaan Anfield Main Stand yang membolehkan kelab menambah bilangan tempat duduk stadium hingga 54,000 penonton.

Berikutan pembangunan semula Anfield, pendapatan hari perlawanan kekal pada aras £62 juta.

Liverpool juga menikmati perkembangan digital yang membanggakan apabila diikuti lebih 60 juta peminat menerusi laman sosial.

Ianya menampakkan perubahan yang mendadak sejak FSG mengambilalih Liverpool menerusi Mahkamah Tinggi pada Oktober 2010.

Tambah Hughes :

“Pandangan saya inilah yang dilihat sebagai perubahan besar yang ketara di kelab”.

“Sejak FSG mengambilalih, kami telah melakukan perubahan polisi dengan melaburkan terhadap persembahan kelab dan menjana keuntungan kembali untuk kelab”.

“Persembahan pasukan meningkat selaras dengan pelaburan besar. Kami hampir bangkrap satu ketika dahulu dan bertukar kepada kejayaan dan lebih kompetitif”.

“Anda melihat persembahan yang kuat dari pasukan sekaligus persembahan yang lebih kuat di balik tabir, memulihkan kewangan dan meningkatkan pelaburan kembali untuk kelab”.

“Kami telah membina Main Stand yang baharu sejak itu dan melabur untuk pusat latihan yang baru di Kirkby tidak lama lagi”.

“Kami akan meneruskan lagi strategi untuk penambahbaikan berterusan. Kami melihat dari segala aspek kelab dan sentiasa memantau kos yang ditetapkan”.

“Kesemua pendapatan yang diperolehi adalah untuk menjana masa depan. Ianya akan berterusan dari hari ke hari, minggu ke minggu untuk menambahbaik prestasi sedia ada“.

ADMIN

Fuh, banyak tu keuntungan selepas cukai. Namun sebenarnya telah dilaburkan untuk membeli pemain baru.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman