Liverpool FC vs Bournemouth : Info Perlawanan Tengah Malam Ini

Liverpool akan kembali ke Anfield bagi menghadapi perlawanan EPL seterusnya setelah 2 perlawanan di gelanggang lawan.

SEPAKMULA

Waktu di England, 5.30 petang. Manakala di Malaysia, 12.30 tengahmalam. Sediakan kopi lebih.

TONTONAN

Untuk waktu tontonan di UK, siaran langsung boleh diikuti menerusi siaran BT Sports 1.

Manakala di Malaysia, Astro Supersports 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB namun jika ada, kami akan kongsikan.

PENGADIL PERLAWANAN

Chris Kavanagh.

Ini merupakan perlawanan pertama yang diadili beliau untuk Liverpool FC, termasuk juga Bournemouth.

Beliau telah mengadili 12 perlawanan EPL musim ini, dengan 41 kad kuning dan 2 kad merah. Secara purata 3 kad kuning dalam setiap perlawanan.

Happy card referee?

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Mo Salah wajib menjadi pilihan para penggemar FPL kali ini, dengan beliau telah menjaringkan 39 gol musim ini dan merupakan ancaman utama buat benteng pasukan lawan.

Manakala Roberto Firmino dan Sadio Mane turut dijadikan sandaran utama kelab di bahagian serangan, dengan kedua dua mereka telah menjaringkan 23 gol dan 16 gol musim ini.

Jordan Henderson akan diturunkan secara total hari ini selepas digantung 1 perlawanan dalam UCL awal pagi Rabu lepas.

Bournemouth AFC

Jermaine Defoe dan Joshua King adalah dua pemain utama mereka di bahagian serangan. Untuk bulan Mac sahaja, Joshua Kings telah menjaringkan 3 gol untuk Bournemouth.

Lihat juga akan kelibat Andrew Surman dan Lewis Cook di bahagian tengah mereka.

PENGURUS BOURNEMOUTH AFC

Eddie Howe.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Joel Matip dan Adam Lallana dikhabarkan akan tersisih dari pasukan hingga hujung musim ini.

Berkemungkinan besar Emre Can turut mengikuti jejak langkah 2 pemain tadi, tidak dapat beraksi hingga tamat musim ini.

Joe Gomez dan Nathaniel Clyne turut tersisih, manakala Rganar Klavan masih diragui kecergasannya.

Namun Firmino berkemungkinan akan pulih dari kecederaan bahagian tengkuk dan akan turun bersama skuad hari ini.

Bournemouth AFC

Adam Smith dan Junior Stanislas dikhabarkan telah tersisih akibat kecederaan. Begitu juga dengan Tyrone Mings.

Manakala pemain sayap Jordan Ibe turut diragui kecergasannya.

PERTEMUAN TERAKHIR

Kemenangan besar 0 – 4 Liverpool di Vitality Stadium.

Liverpool mendahului dengan jaringan Phil Coutinho, kemudian diikuti dengan tandukan terbang Dejan Lovren dan jaringan oleh Mo Salah untuk menjadikan kedudukan 3 – 0 di separuh masa pertama.

Manakala tandukan sipi Firmino mengesahkan kemenangan besar Liverpool ketika itu.

FAKTA PERLAWANAN

Liverpool tidak lagi tewas di Anfield sejak tahun lepas dalam kempen liga, sejak 23 April 2017.

Dalam 12 perlawanan di gelanggang lawan, The Cherries hanya mencatatkan 1 kemenangan.

Liverpool tidak tumpas ke atas skuad Eddie Howe di Anfield, dengan memenangi 2 perlawanan dan seri sekali.

Tiga pertemuan terakhir kedua dua pasukan mencatatkan 15 gol, dengan purata 3 gol setiap perlawanan.

ADMIN

Ramalan anda?

Mood kemenangan Liverpool sedang memuncak, dan diharap mereka akan meneruskan lagi rentak kemenangan di Anfield hari ini.

YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts