Liverpool FC vs Crystal Palace : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan melayani kunjungan skuad bekas pengurus, Roy Hodgson untuk perlawanan pertama EPL dalam 2019 menentang Crystal Palace.

The Reds berada di kedudukan 4 mata dari pencabar terdekat, Man City yang hanya akan turun bermain pada hari Ahad dan Liverpool mampu menjarakkan jurang mata buat sementara waktu.

Perlawanan pertama menentang Palace musim ini berakhir dengan kemenangan 2 – 0 ketika di Selhurst Park, namun Liverpool wajar berterima kasih kepada Crystal Palace kerana membantu menewaskan Man City di Etihad bagi membolehkan Liverpool berada agak selesa di tangga teratas buat sementara waktu.

Dan Liverpool seharusnya berhati hati dengan Palace yang sebelum ini pernah mencatatkan kemenangan di Anfield, yang terkini pada April 2017.

Berikut adalah beberapa butiran yang perlu kita lihat menjelang sepakmula perlawanan ini :

Sepak Mula

Di Anfield buat pertama kali untuk tahun 2019. Jam 3 petang waktu tempatan, dan bermakna jam 11 malam di Malaysia.

Tontonan.

Siaran langsung di UK? Tiada.

Namun di Malaysia, siaran langsung dapat diikuti menerusi siaran Astro Supersport 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming dan link live FB, namun jika ada kami akan kongsikan.

Perkembangan Terkini Pasukan

Trent Alexander Arnold akan terlepas perlawanan dalam jangkamasa 4 minggu berikutan kecederaan lutut. Begitu juga Georginio Wijnaldum yang terlepas perlawanan ini.

Dejan Lovren dan Joe Gomez turut tersisih akibat kecederaan, manakala Alex Oxlade Chamberlain dan Rhian Brewster masih memerlukan masa tetapi tiada sebarang berita mengenai Adam Lallana.

Joel Matip telah kembali ke bangku simpanan dalam perlawanan terdahulu. Mungkin beliau akan diturunkan.

ADMIN

Ramalan anda? Pastinya kita mahukan kemenangan namun Crystal Palace juga berhasrat menyekat LFC.

Apapun YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman