Liverpool FC vs Fulham : Info Perlawanan Ringkas Malam Ini

Previu ringkas mengenai perlawanan EPL pada hari ini.

The Reds mahu memberikan reaksi positif berikutan kekalahan ke atas Red Star Belgrade pada awal pagi Rabu lepas.

Skuad Jurgen Klopp belum lagi tewas dalam kempen liga musim ini dan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah itu selama yang mungkin dengan melayani Fulham hari ini.

Berikut adalah beberapa info ringkas mengenai perlawanan tersebut.

Stadium

“There are no bigger noise than the Anfield Noise”.

Sepak Mula

Waktu tempatan adalah pada 12.00 tengahari. Manakala di Malaysia, 8.00 malam.

Siaran Langsung

Bagi peminat di England, siaran langsung boleh diikuti menerusi BT Sports 1.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD.

Jika ada link live streaming dan live FB, kami akan kongsikan bersama anda atau kongsikan bersama rakan lain.

Perkembangan Terkini Pasukan

Jordan Henderson dan Naby Keita masing masing telah pulih dari kecederaan hamstring. Manakala Rhian Brewster dan Alex Oxlade Chamberlain masih tersisih lebih lama.

Manakala Fulham pula kehilangan khidmat Kevin Mcdonald dan Joe Bryan yang mengalami kecederaan hamstring.

Perlawanan Seterusnya

Menentang Watford pada Sabtu jam 11 malam. Tetapi anda harus menunggu selama 2 minggu lagi.

ADMIN

Ramalan anda?

Liverpool harus bangkit dari kekalahan untuk kekal kompetitif dalam EPL musim ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman