Liverpool FC vs Napoli : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Segala galanya mengenai perlawanan persahabatan The Reds sebelum bermulanya musim EPL 2018 2019.

Jelajah pramusim Liverpool kali ini akan ke Dublin, Ireland dengan kali ini salah satu kelab Itali, Napoli akan berhadapan dengan Liverpool di Aviva Stadium.

Liverpool telah melakukan kunjungan perlawanan yang serupa pada 12 bulan sebelumnya apabila berjaya menewaskan Athletic Bilbao 3 – 1 di hadapan 51,000 penonton.

Menurut Klopp :

“Apabila kami tiba di sini, dibawa ke sekitar bandaraya rata ratanya kami diberikan sambutan yang hebat”.

“Saya pernah mendengar Dublin adalah seperti bandaraya Liverpool – dan ianya benar”.

“Ianya suasana yang berbeza untuk dirasai. Saya merasakan ianya sesuatu yang sesuai untuk memberikan kembali persembahan yang baik untuk peminat”.

Dan hari ini, jangkakan sambutan hangat semula di Dublin …..

STADIUM

Dikenali dahulu sebagau Lansdowne Stadium, stadium ini diberikan penjenamaan semula sebagai Aviva Stadium dan mampu menampung 51,700 penonton dalam satu satu masa.

SEPAKMULA

Waktu tempatan jam 6.00 petang. Manakala di Malaysia pada Ahad jam 1.00 pagi.

TONTONAN

Ianya akan disiarkan di siaran televisyen rasmi Liverpool FC, LFC.TV

Manakala di Malaysia, siaran boleh diikuti menerusi Astro Supersport 817 dan 836 HD.

Link live streaming dan live FB mungkin akan diletakkan di ruang komen jika ada.

PEMAIN TUMPUAN

Naby Keita berkemungkinan besar akan diturunkan setelah mengalami masalah kecederaan leher yang membuatkan beliau tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Man United minggu lepas.

Sudah pastinya mata peminat akan tertumpu buat penjaga gol bernilai £65 juta iaitu Alisson. Beliau dijangka akan melakukan penampilan di Aviva, dengan Klopp telah mengesahkan pemain itu akan terus diturunkan.

Dijangka Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino akan bergandingan semula di barisan hadapan hari ini setelah mereka semua kembali ke Liverpool dari kancah Piala Dunia 2018.

SELEPAS INI ….

Liverpool akan menentang Torino di Anfield sebelum memulakan kempen EPL 2018 2019 menentang West Ham United pada 12 Ogos.

ADMIN

Ramalan anda dan ramalan kesebelasan utama anda?

Nyatakan di ruang komen.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman