Liverpool FC vs Newcastle United : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Kepulangan Rafa Benitez ke Anfield bersama Newcastle menjadikan perlawanan hari ini lebih hangat daripada biasa.

SEPAKMULA

Waktu minum petang di UK, jam 5.30.petang. Manakala di Malaysia, 1.30 pagi.

TONTONAN

Tiket di stadium sudah habis terjual. Namun begitu, peminat di England boleh menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi BT Sports 1.

Di Malaysia siaran langsung boleh diikuti menerusi Astro Supersports 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan link live streaming dan live fb, namun jika ada kami akan kongsikan bersama.

PENGADIL PERLAWANAN

Graham Scott

Beliau telah mengadili 3 perlawanan melibatkan Liverpool sejak 18 bulan lepas, ketika menentang Derby, Plymouth dan Brighton. Liverpool menang ketiga tiganya.

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mo Salah mungkin diturunkan di barisan serangan pada hari ini.

Trio serangan ini merupakan sebahagian dari skuad yang menjaringkan 66 gol dari 103 gol keseluruhan musim ini.

Andrew Robertson seharusnya diturunkan pada hari ini berdasarkan merit kecemerlangan dalam 2 perlawanan lepas.

Wijnaldum, Emre Can, Jordan Henderson, Adam Lallana dan Alex Oxlade Chamberlain menjadi pilihan untuk diturunkan pada hari ini.

Newcastle United

Matt Richie dijangka akan diturunkan hari ini.

Dwight Gayle adalah pemain yang telah menjaringkan 2 gol ketika bersama Crystal Palace untuk memastikan Liverpool gagal meraih trofi EPL pada musim 2013 2014. Dan hari ini tugas itu terletak pada bahagian pertahanan.

PENGURUS NEWCASTLE UNITED

Rafa Benitez. Siapa tidak kenal.

Beliau adalah pengurus Liverpool sejak 2004 hingga 2010 yang meraih 2 kejuaraan major bersama Liverpool, dan membawa Liverpool mencabar kejuaraan pada musim 2008 2009.

Kerjaya beliau berakhir di Liverpool pada 2010, kemudian berkelana ke Inter Milan, Real Madrid dan Chelsea sebelum ke Newcastle United.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Georginio Wijnaldum dan Danny Ings semakin pulih dari sakit, manakala Nathaniel Clyne masih memerlukan masa untuk kembali pulih sepenuhnya.

Newcastle United

Bekas pemain Liverpool, Jonjo Shelvey dilaporkan tidak diturunkan akibat kecederaan lutut.

Penyerang mereka Islam Slimani turut tersisih akibat kecederaan, begitu juga Jesus Gamez akibat kecederaan buku lali.

PERTEMUAN TERAKHIR

Keputusan seri 1 – 1 di St James Park.

Liverpool mendahului menerusi jaringan Phillippe Coutinho sebelum kuisan Joselu sejurus selepas itu terkena Matip untuk menyamakan kedudukan.

Dua musim sebelumnya, Liverpool seri 2 – 2 di Anfield dan tewas 2 – 0 di St James Park.

FAKTA PERLAWANAN

Kali terakhir Liverpool tumpas kepada Newcastle adalah pada November 1995.

Kali terakhir Newcastle menewaskan Liverpool adalah pada 2015, di mana dua gol ketika itu dijaringkan oleh pemain Liverpool sekarang iaitu Gini Wijnaldum.

Skuad Benitez hanya memenangi 2 perlawanan di gelanggang lawan daripada 13 perlawanan.

Namun Newcastle belum tewas dalam 4 perlawanan sebelumnya, dengan 3 seri dan 1 kemenangan.

Dan Liverpool akan kembali ke kedudukan kedua EPL jika mencatatkan kemenangan pada malam ini.

ADMIN

Ramalan anda?

3 mata sudah memadai. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman