Liverpool FC vs Porto : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

The Reds akan turun menentang Porto dalam pusingan kedua kalah mati UCL 2017 2018 dengan bekalan yang selesa.

Liverpool mahu mengesahkan slot ke Suku Akhir UCL buat pertama kalinya sejak 2009.

SEPAKMULA

Jam 7.45 malam waktu tempatan. Di Malaysia, 3.45 awal pagi esok.

TONTONAN

Difahamkan tiket di Anfield sudah habis terjual.

Manakala siaran langsung di England dapat diikuti menerusi siaran BT Sports, selaku penyiar rasmi.

Manakala di Malaysia siaran langsung dapat diikuti menerusi Astro Supersports 810 / 831 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB, namun jika ada kami akan kongsikan bersama.

PENGADIL PERLAWANAN

Pengadil Germany, Felix Zwayer.

Menurut soccerbase.com, beliau telah melayangkan lebih 100 kad kuning sahaja musim ini.

Pengadilan sebanyak 23 perlawanan menyaksikan beliau telah melayangkan 5 kad merah, dengan yang terkini pada Sabtu lepas melibatkan perlawanan antara Bayer Leverkusen dan Wolfsburg.

Jangan kata Echo tak bagi amaran …..

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Mane, Salah dan Firmino berkemungkinan akan menerajui bahagian serangan Liverpool sekali lagi.

Manakala Adam Lallana dan Alex Oxlade Chamberlain berkemungkinan besar akan diturunkan malam ini.

Tiada banyak perubahan agaknya …..

Porto

Moussa Marega menyertai penjaring terbanyak Porto dengan lebih 20 gol musim ini, begitu juga Yacine Brahimi yang dikatakan pemain sayap yang baik.

Tiquinho Soares telah menjaringkan 5 gol sejak kekalahan besar di Porto beberapa minggu lepas.

Manakala penjaring terbanyak mereka, Vincent Aboubakar turut akan diturunkan setelah pulih dari kecederaan otot.

PENGURUS PORTO

Sergio Conceicao, bekas pemain kebangsaan Portugal.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Difahamkan Gini Wijnaldum dan Ben Woodburns telah pulih dari selsema, namun Klopp enggan merisikokan pemain ini untuk cergas sepenuhnya.

Tidak diketahui bagaimana status Andrew Robertson setelah difahamkan tidak berlatih semalam.

Manakala Nathaniel Clyne mungkin akan diturunkan pada malam ini, begitu juga Adam Lallana.

PERTEMUAN TERAKHIR

Liverpool membelasah Porto 5 – 0 di halaman mereka sendiri.

Sadio Mane menjaringkan hatrik, Mo Salah dan Firmino menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan bermakna di Porto.

Kali terakhir Porto ke Anfield turut berakhir dengan kemenangan besar buat The Reds, 4 – 1.

Fernando Torres menjaringkan gol pembukaan sebelum Lisandro Lopez menjaringkan gol penyamaan.

Torres kemudian menjaringkan gol kedua dan diikuti sepakan penalti Steven Gerrard.

Dan Crouch melengkapkan kemenangan besar Liverpool.

FAKTA PERLAWANAN

Selepas kekalahan besar ke atas Liverpool, Porto telah menjaringkan 15 gol dari 4 perlawanan sahaja, dengan Soares sendiri menjaringkan 5 gol.

Namun 67 gol daripada 105 gol yang dijaringkan Reds musim ini datangnya daripada Mane, Salah dan Firmino sendiri.

Liverpool tidak pernah tumpas di Anfield sejak permulaan kancah UCL musim ini, dengan hanya keputusan terbaik ketika Sevilla bertandang ke Anfield.

ADMIN

Ramalan anda?

Menang lebih baik, kan? Dan diharap ianya baik baik sahaja. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts