Liverpool FC vs Southampton ( Liverpool B ) : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan turun semula ke Anfield untuk mencari kemenangan ketujuh musim ini.

The Reds hampir keciciran mata dalam perlawanan awal pagi Rabu lepas setelah mendahului 2 – 0, sebelum Firmino yang diturunkan dari bangku simpanan menjaringkan gol kemenangan di Anfield menentang PSG.

Jika kemenangan dicatatkan malam ini,  Liverpool bakal mencipta rekod baru dalam sejarah 126 tahun kelab itu.

Liverpool akan kembali ke tangga teratas liga jika berjaya mengelakkan kekalahan, buat sementara dengan Chelsea dan Man City hanya turun beraksi pada esok hari.

Berikut adalah sedikit info perlawanan pada malam ini :

Stadium

Seperti biasa, di Anfield.

Masa Sepakmula

Jam 3 petang waktu England.  Manakala di Malaysia jam 10.00 malam.

Tahukah anda waktu sepakmula ini adalah yang pertama kali buat Liverpool musim ini?

Siaran Langsung

Di England,  tiada.

Manakala di Malaysia ianya boleh diikuti menerusi Astro 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan live FB atau live streaming, namun jika ada kami akan kongsikan.

Terkini Mengenai Liverpool

Roberto Firmino dilaporkan boleh diturunkan untuk perlawanan ini.  Dan mungkin akan menyaksikan Naby Keita dan Xherdan Shaqiri diturunkan.

Adam Lallana masih berusaha untuk pulih dari kecederaan,  manakala Dejan Lovren telah berlatih bersama pasukan namun masih memerlukan masa untuk cergas sepenuhnya.

Rhian Brewster dan Alex Oxlade Chamberlain masih tersisih untuk jangka masa lama.

Danny Ings yang dipinjamkan ke Southampton tidak akan beraksi menentang kelab asal beliau.

Perlawanan Seterusnya 

Double match bertemu Chelsea.  Liverpool akan menentang Chelsea terlebih dahulu di Anfield untuk aksi EFL Cup sebelum ke Stamford Bridge untuk perlawanan liga.

ADMIN

Ramalan anda?

Sudah pastinya kemenangan namun Liverpool juga harus berhati hati untuk mengekalkan rentak kemenangan ini.  YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman