Liverpool FC vs West Ham United : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan turun buat pertama kalinya dalam perlawanan pembukaan EPL di gelanggang sendiri sejak 2014.

The Reds telah membawa masuk Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Alisson musim panas ini untuk memberikan cabaran lebih jitu dalam perlawanan malam ini.

Berikut adalah info perlawanan yang anda perlu tahu pada hari ini :

Sepak Mula 

Waktu tempatan adalah pada jam 1.30 petang. Manakala waktu di Malaysia adalah pada jam 8.30 malam.

Siaran Langsung

Untuk di UK, ianya akan disiarkan menerusi Sky Sports Main Event sebelum perlawanan tumpuan minggu ini; Arsenal vs Man City.

Manakala di Malaysia, siaran langsung boleh diikuti menerusi Astro Supersport 816 / 834 HD.

Kami tidak menyiarkan siaran live streaming atau live FB, namun jika ada kami akan isikan di ruang komen.

Apa Kata Jurgen Klopp?

“Manuel adalah salah seorang jurulatih yang berjaya di EPL. Beliau berpengalaman luas dan faham mengenai bolasepak”.

“Beliau membawa masuk pemain yang bagus dan jika anda melihat West Ham sekarang ianya sudah jauh berubah”.

“Mungkin Yarmolenko, Arnautovic, Wilshere, Noble dan Cresswell di atas padang – satu pasukan yang bagus”.

“Ianya perlawanan pertama di gelanggang sendiri buat Liverpool. Orang menjangkakan kami akan menang, begitu juga kami yang mengharapkan kemenangan. Ianya akan menjadi sukar sepanjang 95 minit”.

“Ianya perlawanan kompetitif pertama jadi analisis sebenar sukar dilihat. Kami hanya memikirkan siapa yang wajar diturunkan. Saya tidak sabar untuk menanti perlawanan ini”.

Situasi Pemain Liverpool

Alisson, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri berkemungkinan besar akan diturunkan namun Fabinho masih bergelut untuk pulih dari sakit.

Dejan Lovren dikhabarkan akan tersisih tatkala baru kembali dari bercuti dan kecederaan otot abdomen, manakala Trent dan Henderson bersedia untuk diturunkan.

Ragnar Klavan masih diketepikan akibat kecederaan, manakala Joel Matip dan Joe Gomez masih diragui untuk diturunkan. Pemain muda Nat Phillips akan menjadi pilihan jika mana mana pemain bek tengah senior ini gagal pulih pada masanya.

Pengadil Perlawanan

Anthony Taylor. Musim lepas menyaksikan Liverpool menang keempat keempat perlawanan yang diadilinya.

Paling diingati adalah ketika Liverpool membenam Watford 5 – 0 di Anfield.

Pertemuan 2017 2018

Liverpool menang 4 – 1 di Stadium Olimpik London, dan mencatatkan keputusan yang serupa ketika perlawanan seterusnya di Anfield.

ADMIN

Ramalan anda malam ini?

Pastinya kita mahukan 3 mata penuh di gelanggang sendiri. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman