Liverpool Hampir Mencapai Kesepakatan Bersama Lyon

Reds yang sungguh mengejar pemain tengah menyerang Perancis ini yang dianggarkan bernilai £60 juta kini sedang mencapai tahap akhir.

Liverpool kini semakin hampir untuk bersetuju mengenai perjanjian untuk mendapatkanmpemain tengah menyerang Lyon ini.

Pengurus Reds, Jurgen Klopp mahu menjadikan Fekir pembelian utama yang dinilai berharga £60 juta dimana pemain ini telah dipantau lebih meluas pada musim lalu.

Lyon berminat mandapatkan harga terbaik untuk pemain berusia 24 tahun itu, dan lebih berminat sekiranya ada bidaan dari Bayern Munich dan Atletico Madrid yang diketahui turut berminat.

Namun, Fekir mahukan perpindahannya ke Anfield, dengan agennya Jean-Pierre Bernes mengesahkan minat Liverpool kepada kliennya pada awal minggu ini.

Reds lebih suka menyelesaikan kesepakatan sebelum Piala Dunia yang akan bermula padanminggu hadapan, dengan Fekir kini bersama pasukan kebangsaan Perancis sedang melakukan persiapan terakhir untu menghadapi Piala Dunia.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas yang terkenal sebagai seorang perunding sukar, memberi kenyataan kepada pihak Liverpool pada hari Khamis lalu dimana dia mendakwa perjanjian itu telah “terhenti” dan tidak dapat diselesaikan sehingga selesai kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, dipercayai ada kata putus di antara kedua-dua pihak untuk situasi yang dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin, pihak Lyon tidak memberi jaminan nilai pemain akan meningkat dengan persembahannya di Piala Dunia.

Dan terdapat keyakinan yang semakin meningkat dimana Fekir dapat disahkan akan pemain Liverpool pada beberapa hari yang akan datang, dengan Perancis yang akan ke Rusia selepas perlawanann pemanasan badan yang terakhir yang akan menentang Amerika Syarikat di Lyon pada hari Sabtu.

Dipercayai Reds mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk bersiap sedia menjalankan pemeriksaan perubatan di Perancis.

Liverpool tidak pernah membuang masa untuk memperkuat skuad pada musim panas ini, dengan Fabinho membuat perpindahan pertama bernilai £ 39.3 juta dari Monaco yang turut menyertai Naby Keita dari RB Leipzig.

Klopp dan pasukan rekrutnya mahu terus meningkatkan pilihan menyerang mereka dengan Stoke City, Xherdan Shaqiri yang boleh didapatkan sekitar harga £12 juta. Pemain sayap pemain antarabangsa Nigeria Genk, Moses Simon yang bernilai £ 10 juta adalah pilihan lain yang mungkin dipertimbangkan.

Liverpool juga menilai situasi gawang mereka dengan Alisson Becker dari Roma dan penjaga Atletico Madrid Jan Oblak menjadi pilihan utama, meskipun permintaan harga semasa membuktikan bahawa ianya terlalu tinggi.

Bagaimanapun, The Reds tidak mempertimbangkan langkah untuk Alex McCarthy dari Southampton.

Admin :

Diharapkan kita semua bersedia menerima segala keputusan pada beberapa hari akan datang. Dan diharapkan juga berita ini menjadi berita yang menggembirakan seluruh bangsa Liverpool diseluruh dunia.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Related posts