Liverpool Harus Lebih Hebat Untuk Menyambut Kedatangan Arsenal

The Reds mungkin telah memenangi perlawanan terakhir Liga Perdana dengan 4-0, tetapi Klopp percaya yang pasukannya perlu lebih hebat daripada biasa untuk menentang Gunners.

Dengan mempamerkan aksi yang lebih mendebarkan lagi, pamerkan juga semangat juang yang tinggi, dengan menunjukkan lebih banyak lagi apa yang mereka ada bagi meneruskan kesinambungan rekod tanpa kalah Liverpool di Liga Perdana menentang Arsenal nanti.

Liverpool tidak terkalahkan dalam liga musim ini, dan telah memenangi lapan perlawanan terakhir sejak mengikat seri Gunners di Emirates Stadium pada November.

Oleh itu, Liverpool kini mengatasi Manchester City, yang kini berada 7 mata dibawah, setelah kalah 2 kali dalam satu minggu kepada Crystal Palace dan Leicester City.

Perlawanan terakhir Liverpool menyaksikan skuad Reds memusnahkan Newcastle United dalam perlawanan 4-0 pada Boxing Day, dan Klopp mahu melihat peningkatan dalam perlawanan Ahad ini di Anfield.

Bercakap kepada laman rasmi Liverpool, Klopp berkata, Arsenal berada dalam keadaan yang baik kini, dengan mempunyai pasukan hebat dan pengurus yang hebat, jadi ia akan menjadi sangat sukar bagi Liverpool.

Semestinya vs Arsenal, perlawanan akan menjadi sama sekali berbeza, dan itu sudah pasti.

Klopp turut menjelaskan, sekiranya Liverpool membiarkan Arsenal membuat serangan balas seperti yang telah Liverpool lakukan terhadap Newcastle, beliau sendiri tidak rasa yang Liverpool mempunyai peluang, kerana Arsenal sememangnya sangat kuat untuk berdepan dalam hal itu.

Atas sebab itulah, Liverpool perlu memperbaiki banyak perkara lagi. [.. sangat merendah diri 😍😍.]

Dengan masuknya kini fasa separuh musim terakhir, Klopp tidak mahu usaha keras dalam membina asas di separuh pertama musim rosak dalam pertembungan Liverpool berbaki 19 perlawanan lagi.

Yang mana, asas telah dicipta, dan kini Liverpool hanya perlu bekerjasama dengannya. Dengan apa yang telah dilakukan setakat ini, Liverpool wajib untuk melakukannya lagi dan lagi dan lagi. Disamping memberi tumpuan dengan sepenuhnya kepada perlawanan-perlawanan yang seterusnya, untuk kekal konsisten.

Segalanya kini terserah kepada para pemain Liverpool sendiri, sejauh mana untuk mereka membawa asas yang telah dibina ini pergi.

Dan Arsenal adalah ujian pertama Liverpool dalam bermulanya separuh musim kedua 18/19, kemudian City, dengan pendahulu liga ini begitu berkehendak untuk menggapai impian yang telah lama diburu, dengan melancarkan semula cabaran memburu impian tanpa goyah.

🏆

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Goal

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds