Liverpool Hoffenheim : Rekod, Liverpool Tak Pernah Kalah Dengan Tim Jerman

Pada satu sudut yang positif, perlawanan Liverpool dan Hoffenheim ini memberi satu ‘sinar’ yang cerah dengan bersandarkan statistik dan rekod yang baru. Ianya bakal memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan jika rekod ini dinilai.

Untuk keseluruhan perlawanan Liverpool di kempen Eropah (Liga Juara & Eropah), rekodnya seperti berikut:

Keseluruhan Perlawanan : 363
Menang : 200
Seri : 39
Kalah : 80

Ini adalah rekod bagi keseluruhan yang mana Liverpool sekurang-kurangnya mempunyai potensi 60% kemenangan di peringkat Eropah secara puratanya.

Bagi rekod dalam Liga Juara Eropah rekodnya adalah seperti berikut:

Perlawanan : 181
Menang : 102
Seri : 39
Kalah : 40

Liverpool masih lagi berada dalam peratusan 57% purata kemenangan dalam perlawanan Liga.

Ini adalah perlawanan pertama bagi Liverpool dan Hoffenheim di Eropah memandangkan pasukan dari Jerman ini adalah pasukan ‘baru’ yang meningkat naik tanpa sebarang sejarah di Eropah sebelum ini.

Ini adalah pasukan yang ke 126 bagi Liverpool yang mana kali terakhir Liverpool terlibat dalam perlawanan Eropah adalah menentang Sevilla dalam Perlawanan Europa Akhir iaitu lawanya yang ke 125.

Dalam sejarah 40 kali Liverpool menentang pasukan daripada Jerman, 19 kali Liverpool menang dan hanya 14 kali seri, selebihnya sekitar 7 kali kalah secara keseluruhannya. Kalah ketika menentag Gynamo pada 1972-73 dalam UEFA Cup dan Bayern Leverkusen dalam Piala Eropah 2004-2005. Dalam kedua-dua tahun tersebut, Liverpool menang trofi tersebut.

Dalam 16 kali Liverpool bermain dalam perlawanan kelayakan ini, Liverpool hanya tewas sebanyak 2 kali dan 2 seri, selebihnya, 12 kali kemenangan.

Menariknya Liverpool tidak pernah tewas di gelanggang lawan sebelum ini, hanya bolos 9 dan tidak pernah lawan Liverpool jaringkan lebih daripada 2 gol dalam 90 minit perlawnaan. Jika Liverpool diundi untuk bertarung di tempat lawan terlebih dahulu, Liverpool menang 5 kali dengan keputusan seri dan hanya bolos 2 gol.

Pada Disember 2014, adalah kali terakhir Liverpool menerima kunjungan pasukan daripada Liga Eropah menentang Basel dengan keputusan seri 1-1. Jika dibandingkan dengan skuad tersebut hanya Simon Mignolet, Dejan Lovren dan Jordan Henderson yang masih berada dalam pasukan ini.

Untuk penjaringnya, Daniel Sturridge dan Adam Lallana adalah pernjaring terbanyak bagi Liverpool ketika ini dalam kempen Eropah dengan 3 gol. Sebelum ini, Firmino telah jaringkan 49 gol di Hoffenheim dalam penampilan 153 untuk kelab tersebut secara keselruhannya sebelum berpindah ke Anfield pada 2015.

Beberapa pemain seperti Gyni Wijnaldum, Mo Salah , Marko Grujic, Ragnar Klavan, Sadio Mane, Andy robertson, Dominic Solanke, Loris Karius, Joel Matip, Ben Woodburn, Ove Ojaria dan Ryan Kent, masing-masing berpotenti untuk melakukan debut yang pertama untuk Eropah di padang Anfield.

Jurgen Klopp telah menentang Hoffenheim sebanyak 16 kali sepanjang kariernya bersama Mainz dan Dortmund. Hanya rekodkan 5 kemenangan, 6 seri dan 5 kekalahan. Ketika bersama Dortmund, Klopp tidak pernah kalah untuk 3 kali terakhir menentang Hoffenheim.

Pengurusnya Julian Nagelsman lahir pada 23 Julai 1987, adalah lebih muda daripada James Milner dan Ragnar Klavan.

Ditulis untuk : Liverpoolmalaysianreds.com
Oleh : Bos LMreds
Kredit : Echo

Related posts