Liverpool Kembali Menerajui Kumpulan C

Liverpool berada dalam kelas tersendiri pada perlawanan ini dan jelas menyukarkan Red Star Belgrade dengan memberi ancaman dari segenap arah.

Liverpool kembali menerajui kedudukan Kumpulan C kempen Liga Juara-Juara setelah menang dengan keputusan 4-0 pada perlawanan ini.

Gol yang dijaringkan oleh Firmino, Mane dan 2 gol dari Salah meletakkan Liverpool kembali didalam trek untuk layak ke peringkat seterusnya.

Walaupun perlawanan ini bukanlah persembahan terbaik Liverpool namun kemenangan ini pasti akan memberi tonik tambahan kepada skuad Jurgen Klopp untuk terus bermain lebih cemerlang pada perlawanan seterusnya dan akan datang.

Mane kelihatan bergelut pada perlawanan malam ini dengan beberapa gerakannya mudah dibaca pihak lawan namun Fabinho dan Wijnaldum jelas hebat mengemudi bahagian tengah Liverpool.

Sementara itu PSG dan Napoli hanya seri 2-2 setelah jaringan lewat Di Maria memadamkan jaringan Dries Mertens pada minit ke-77.

 

 

Liverpool menerajui dengan 6 mata selepas 3 perlawanan, diikuti Napoli 5 mata dan Paris St Germain dengan 4 mata. Sementara itu Red Star Belgrade hanya memperoleh 1 mata selepas seri 0-0 dengan Napoli.

Akhir kata, nikmati kemenangan ini wahai republik Liverpool.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Nazz Carra