Liverpool ‘Kit Away’ 18/19 Bakal Dilancarkan

Berjuta penyokong Liverpool didunia tertanya-tanya, dan dengan penuh harapan menjangkakan satu pelancaran yang menampilkan satu pandangan mata yang segar untuk dilihat pada kit baru Liverpool ‘away’ ini.

Terutamanya, warna dan rekaan bentuk jersi itu sendiri. Boleh dikatakan, bagi setiap musim berganti, kit baru Liverpool ini sangat-sangat dinantikan.

Jersi ‘home’ Liverpool 18/19.

Setelah berlangsungnya pelancaran kit ‘home’ baru Liverpool untuk musim 18/19 bulan lepas, para peminat mula ghairah menantikan pula pelancaran kit ‘away’ musim 18/19 skuad merah Liverpool ini.

Ianya begitu penting, kerana saat inilah bakal terjawab segala persoalan di minda. Melalui pelancaran ini, para peminat Liverpool bakal disajikan dengan rekaan dan warna jersi terkini Liverpool.

Secara tidak langsung akan mempengaruhi semusim Liverpool 18/19. Jersi yang turut bakal disarung oleh para peminat Liverpool seantero dunia bagi menyaksikan perlawanan.

Dan, pelancaran kit baru away ini akan dilancarkan pada pukul 9 pagi (BST) pada hari Rabu, 13 Jun, yang bersamaan jam 4 petang ini waktu Malaysia.

Kit ini semestinya akan dipakai oleh skuad The Reds pada perlawanan pra musim nanti. Dengan pelancaran ini juga, sudah boleh memberi gambaran awal buat peminat Liverpool sendiri, untuk mula ‘menganalisanya’. 🤣

Adakah ini warna untuk gambaran awal kit away baru Liverpool ?

 

 

Admin :

Sama-sama kita nantikannya. Warna ‘purple’ adalah warna kegemaran admin sendiri. 😆

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds