Liverpool Masih Belum Mengadakan Perbincangan Dengan James Milner Mengenai Penyambungan Kontrak.

Pemain tengah Liverpool menikmati permulaan yang menakjubkan pada musim ini dengan memainkan peranan penting dalam kesemua enam perlawanan pembukaan mereka.

 

Milner, 32, telah memenangi beberapa anugerah man-of-the-match dan telah mendapat sambutan yang hangat dalam pembukaan kempen itu yang mana telah menimbulkan harapan bahawa Liverpool dapat menempah tempat utama dalam kejuaraan sejak 28 tahun.

 

Kontrak bekas pemain Manchester City dan Aston Villa itu tamat pada penghujung musim depan. Walau bagaimanapun, Sportsmail difahamkan bahawa kelab Anfield masih belum mengambil pendekatan untuk membaharui perjanjiannya, walaupun khabar angin mengatakan lanjutan satu tahun telah dibincangkan awal tahun ini.

 

Walaupun Milner berusia 32 tahun, usia lanjutnya atau beban kerja tidak lagi menjadi pertikaian. Sejak persaraannya dari tugas antarabangsa pada tahun 2016, Milner menggambarkan kondisinya sebagai ‘a new lease of life’.

 

Dalam kenyataan semalam, dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham, Milner telah beraksi hampir 13km dan sekali lagi membuka platform kepada tiga penyerang Liverpool untuk melakukan tugas mereka.

 

Pada hari Khamis, naib kapten kelab Liverpool telah disenarai pendek untuk anugerah Champions League Player of the Week di atas peranannya dalam kemenangan dramatik Liverpool 3-2 melawan Paris Saint-Jerman di mana dia menjaringkan penalti.

 

Milner membuat kemunculan sulung untuk kelab asalnya, Leeds pada usia 16 tahun, sebelum berpindah ke Newcastle United. Ketika di City, selepas meninggalkan Villa, dia belajar bahasa Sepanyol dan menarik minat dan perhatian beberapa kelab asing sebelum dipilih untuk bermain untuk Liverpool pada tahun 2015.

 

Perpindahan ke kelab luar negara tetap menjadi cadangan yang menarik, namun tawaran daripada Leeds dapat meningkatkan kemungkinan ‘pulangan-emosi’ Milner ke Elland Road.

 

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : DailyMail

Post Author: Wade Wilson