Liverpool Melancarkan Jersi “Away” Untuk Musim 2018 2019

Ianya dilancarkan dan dijual di seluruh gedung Liverpool FC dan di atas talian bermula hari ini.

Rekaan New Balance ini mempamerkan warna ungu yang terang, di mana kali terakhir terdapat warna itu pada jersi Liverpool adalah pada musim 2012 2013. Ianya warna jersi alternatif untuk jersi utama Liverpool.

Rekaan jersi ini mempunyai satu jaluran berwarna di bahu, dengan mengambil inspirasi daripada rekaan Main Stand Anfield.

Manakala warna oren pada jaluran itu melambangkan kejayaan yang dilakukan Liverpool ketika menggunakan jersi ketiga yang berwarna oren pada musim ini.

Manakala jersi penjaga gol pula berwarna hijau cerah, dengan corak pada lengan serta logo LFC yang disulam.

Menurut Virgil Van Dijk :

“Kami mempunyai penyokong yang ramai ketika bermain di gelanggang lawan, dan saya teruja untuk beraksi di hadapan penonton dengan menggunakan jersi ini”.

Untuk keterangan lanjut mengenai pembelian jersi ini secara atas talian, sila berhubung dengan pihak LFC Online Store atau cawangan kedai Liverpool FC yang terdekat.

ADMIN

Butir butir yang sangat terperinci mengenai jersi Liverpool ini.

Sumber : Liverpool FC

Related posts