Liverpool Melengkapkan Perpindahan Xherdan Shaqiri Dari Stoke City

Beliau menandatangani kontrak jangka panjang di Liverpool selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Melwood.

Menurut Shaqiri menerusi Liverpool FC.TV :

“Saya amat gembira berada di sini. Ianya sebuah kelab yang besar dengan pemain yang bagus serta jurulatih yang hebat. Jadi saya amat teruja berada di sini”.

“Sebagai pemain bolasepak sudah semestinya anda mahu beraksi di pentas tertinggi bolasepak. Beberapa tahun lalu saya mahu ke sini namun ianya tidak menjadi kenyataan. Sekarang saya amat gembira kerana berada di sini. Saya mahu meningkatkan prestasi, saya mahu menjadi yang terbaik dan memenangi kejuaraan di sini. Itu sebabnya saya mahu ke sini”.

Pemain berusia 26 tahun ini telah melakukan 92 penampilan bersama Stoke selama 3 musim.

Shaqiri juga telah menjaringkan 21 gol dalam 74 perlawanan bersama Switzerland dan telah beraksi 4 kali dalam kancah Piala Dunia 2018. Beliau telah beraksi di FC Basel, kemudian menyertai Bayern Munich dan juga Inter sebelum menyertai Stoke pada 2015.

Beliau telah mendapat 6 kejuaraan ketika bersama Basel dan Bayern, selain daripada kejuaraan UCL pada musik 2012 2013 bersama Bayern.

ADMIN

Welcome to Liverpool, Xherdan Shaqiri. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman