Liverpool Meletakkan Harga £30 Juta Untuk Daniel Sturridge

Penyerang Reds itu dilaporkan mahu meninggalkan Anfield untuk mengejar impiannya beraksi di Piala Dunia 2018.

Beliau telah memaklumkan kepada kelab untuk melepaskan beliau bulan ini namun kelab telah memaklumkan bahawa mereka mahukan £30 juta untuk mana mana kelab yang mahukan khidmatnya.

Jurgen Klopp mahu penyerang itu kekal di Anfield sekurang kurangnya hingga penghujung musim ini tetapi akan melepaskan beliau sekiranya ada mana mana kelab yang boleh mendapatkan beliau dengan yuran perpindahan yang dinyatakan.

Liverpool juga tidak mempertimbangkan untuk meminjamkan beliau ke kelab lain, dengan kelab itu mahukan perpindahan tetap. Namun begitu ianya boleh berubah pada bulan ini jika kelab berminat gagal mencapai persetujuan dan sanggup membayar amaun pinjaman yang besar.

Southampton dan West Ham United dikaitkan dengan perpindahan Daniel Sturridge setakat ini, di mana pemain itu bukan lagi menjadi pilihan utama dalam skuad Klopp.

Sturridge telah kembali berlatih pada minggu ini setelah beliau tersisih akibat kecederaan hamstring yang dialami beliau sejak perlawanan menentang Spartak Moscow pada 06 Disember.

Beliau hanya diturunkan 5 kali sebagai pemain kesebelasan utama musim ini dengan Roberto Firmino menjadi pilihan Klopp di bahagian serangan.

Sturridge menjaringkan 63 gol dari 133 penampilan sejak bermain untuk Liverpool pada Januari 2012. Kemuncak karier beliau adalah pada musim 2013 2014, apabila gandingan beliau bersama Luis Suarez memberikan beliau 24 gol pada musim itu namun musim seterusnya menyaksikan beliau lebih banyak disisihkan akibat kecederaan.

Beliau setakat ini gagal untuk mempertahankan posisinya di bawah Klopp dan percaya masanya telah tiba untuk cabaran baru dalam karier beliau. Sturridge tidak turut serta dalam skuad England dalam dua persahabatan menentang Germany dan Brazil bulan lepas dan beliau tidak mahu terlepas aksi di Piala Dunia 2018 bersama skuad England.

Selain terpaksa bersaing dengan Firmino, Sturridge juga terpaksa bersaing dengan dua penyetang lain iaitu Dominic Solanke dan Danny Ings untuk minit perlawanan yang lebih. Dan Liverpool percaya harga setinggi £30 juta adalah harga yang munasabah buat pemain tersebut.

ADMIN

Adakah kita bakal saksikan seorang lagi pemain utama Liverpool meninggalkan kelab bulan ini?

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman