Liverpool Meminjamkan John Flannagan Ke Bolton Pada Hari Terakhir Jendela Perpindahan

Pertahanan Liverpool ini menyertai Bolton Wanderers untuk baki musim ini pada hari terakhir jendela perpindahan.

Pertahanan berusia 25 tahun ini akan berpindah ke kelab yang bergelut di liga kejohanan untuk kembali menghidupkan kembali kariernya.

Flannagan tidak pernah beraksi untuk Reds semenjak kekalahan Piala Liga kepada Leicester City pada September tahun lalu.

Pemain yang dicanang sebagai ‘Cafu’ tersebut setakat ini berjaya melakukan 51 penampilan untuk Liverpool dalam tempoh tujuh tahun namun masih berjuang untuk meraih tempatnya semenjak Klopp dibawa masuk sebagai pengurus pasukan Liverpool.

Dia berjaya membuat kemunculan semula pada Januari 2016 selepas 18 bulan diketepikan kerana kecederaan lutut dan bermain lapan perlawanan pada musim 2015/16 dan berjaya memperolehi perjanjian baru selama tiga tahun bersama Reds.

Pada musim lepas, Flannagan dipinjamkan ke Burnley dan semenjak kembali semula ke Melwood, beliau mendapati bahawa beliau berada dibelakang Joe Gomez dan Alexander Arnold bagi posisi bek kanan Liverpool.

Liverpool baru-baru ini memutuskan untuk kekal bersama pertahanan ini selepas dia diperintahkan melalukan kerja komuniti selama 12 bulan oleh pihak mahkamah atas kesalahannya menyerang teman wanitanya yang berlaku di pusat bandar Liverpool.

Admin

Semoga John Flanagan berjaya menghidupkan semula karier bola sepaknya di Bolton.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Related posts