Liverpool Menangguhkan Untuk Meminjam Ben Woodburn Selepas Kehilangan Coutinho

Liverpool belum memberi kata putus mengenai masa depan Ben Woodburn yang diinginkan oleh Sunderland bagi tujuan meminjam pemain tersebut.

Woodburn pada musim ini hanya sekali beraksi untuk Liverpool itupun ketika saingan Piala Liga menentang Leicester City dimana Liverpool tewas 2-0 pada perlawanan tersebut.

Pemain berusia 18 tahun ini dikatakan mahu dipinjam sehingga habis musim ini oleh bekas pengendali Wales, Chris Coleman yang kini menguruskan Sunderland di Liga Kejohanan bagi memberikan pengalaman kepadanya diperingkat senior.

Tetapi dengan perginya Philippe Coutinho ke Barcelona dengan rekod perpindahan kedua termahal di dunia memberikan kesan atas perpindahan pinjaman ini.

Menurut The Mail, setelah mengalami dua situasi dimana Coutinho yang berpindah ke Barcelona dan kecederaan peha yang dialami oleh Mohamed Salah menjadi sebab kenapa perjanjian perpindahan ini di tangguhkan.

Mereka mendakwa, Klopp telah menghalang perpindahan tersebut dan pihak Sunderland perlu menunggu kata putus daripada Liverpool sebelum perjanjian tersebut disempurnakan.

Woodburn terpaksaa menunggu lampu hijau daripada pihak Liverpool untuk perjanjian peminjaman ke Stadium Of Light kerana Klopp mahu lebih pilihan pada perlawanan pusingan ketiga menentang Everton.

Woodburn mungkin gagal untuk beraksi pada perlawanan tersebut namun dia menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain yang menuju ke Dubai untuk latihan kem latihan cuaca panas pada Sabtu lalu.

Menyertai Sunderland dalam perjanjian jangka pendek akan memberikan pengalaman pasukan senior kepada Woodburn kerana Coleman adalah pengurus yang sangat mengetahui keupayaan pemain muda ini.

Coleman memberi perlawanan pertama untuk Woodburn pada September tahun lalu dan diberi ganjaran apabila pemain tersebut yang masuk daripada bangku simpanan menjaringkan gol kemenangan kepada Wales.

Pengurus berusia 47 tahun ini gemarkan prospek yang bekerja keras dan bergantung kepada perpaduam pasukannya dan ini dapat membantu Woodburn untuk menyumbang sesuatu untuk Liverpool pada masa hadapan.

Walauabagaimanapun, ia masih boleh dilihat jika Klopp mengubah fikiran kerana mahu mencari pengganti nombor 10 nya ketika ini.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This Is Anfield

Post Author: Nazz Carra