Liverpool Menghadapi Krisis Kecederaan Pertahanan Tengah Semula

Dejan Lovren difahamkan tidak turut serta dalam kem latihan di Marbella dengan beliau masih menjalani pemulihan kecederaan di Melwood.

Beliau masih menerima rawatan kecederaan hamstring yang dialaminya semasa menentang Wolves dalam aksi FA Cup 2018.

Menurut Klopp menerusi liverpool FC :

“Dejan tidak bersama kami dan begitu juga Joe Gomez”.

“Ianya bukan petanda yang bagus. Namun kita akan cuba untuk melakukan segalanya supaya Dejan boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Bayern Munich”.

“Untuk beliau, ianya lebih baik jika beliau berada di satu tempat di mana sepatutnya beliau berada. Ianya tidak membantu sekiranya beliau berada di sini. Jadi kita akan lakukan apa yang terbaik”.

ADMIN

Untuk pengetahuan, Virgil Van Dijk turut akan terlepas perlawanan menentang Bayern Munich minggu hadapan.

Dan difahamkan Fabinho bersedia untuk digandingkan semula bersama Joel Matip untuk perlawanan tersebut.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman