Liverpool Mungkin Melupakan Hasrat Untuk Mendapatkan Allison

Difahamkan Liverpool enggan membayar nilai setinggi £80 juta untuk penjaga gol Brazil itu.

Selain itu, Sky Sports difahamkan bahawa Allison lebih berminat untuk berhijrah ke Real Madrid. Manakala Real Madrid pula dilaporkan berminat untuk merekrut Thibaut Cortois, di mana telah memasuki fasa akhir kontraknya di Chelsea.

Chelsea juga berminat untuk mendapatkan khidmat Allison jika Cortois berniat untuk berhijrah ke Real Madrid.

Liverpool pernah mencuba untuk mendapatkan khidmst Allison pada Januari lepas, dengan kelab itu pernah mengemukakan pertanyaan kepada Roma untuk mendapatkan khidmat penjaga gol tersebut..

Manakala Allison telah mencatatkan 17 ‘clean sheet’ untuk Roma pada musim ini, kedua tertinggi selepas penjaga gol Napoli Pepe Reina.

ADMIN

Adakah harga untuk Allison itu berbaloi bagi posisi penjaga gol?

Atau mencari prospek pemain lebih baik seperti Nick Pope?

Sumber : Sky Sports

Related posts