Liverpool Mungkin Pasukan Terbaik Di Dunia Sekarang – Pep

Pep Guardiola menyatakan bahawa Manchester City harus “menerima hakikat” bahawa sainganya Liverpool boleh menjadi “pasukan terbaik di dunia sekarang”.

Juara bertahan City, yang mengalahkan Southampton 3-1 pada hari Ahad, bakal melawan Liverpool di Etihad hari Jumaat nanti(4Jan2019, 4pagi).

“Masalahnya ialah pasukan lain yang hebat,” Guardiola memberitahu BBC Sport.

“[Liverpool adalah] mungkin pasukan terbaik di Eropah atau dunia sekarang dan berada dalam form yang mantap.”

Sementara City mengalami kekalahan ketika menentang Chelsea, Crystal Palace dan Leicester pada Disember, Liverpool telah memenangi tujuh pertandingan liga yang mereka mainkan(di PL dalam bulan Disember).

Liverpool menamatkan tahun 2018 dengan gayanya apabila mengalahkan Arsenal 5-1 di Anfield justeru mencipta jarak mata yang sedikit selesa di hadapan Manchester City.

Bercakap mengenai keupayaan Liverpool, Guardiola menambah: “Anda harus menerimanya. Apa yang dapat kita lakukan adalah melakukan tugas kita, bermain permainan kami dan selepas itu kita akan lihat.”

Selain kedudukan dominan mereka di liga, Liverpool mempunyai kelebihan baru ke atas City kerana mereka menewaskan the Blues dari Liga Juara-Juara pada suku akhir musim lalu.

Sekiranya the Reds menang pada awal pagi Jumaat nanti, mereka akan mempunyai jarak 10 mata yang jelas dengan City dan menjadi antara pilihan untuk merangkul gelaran liga pertama sejak tahun 1990.

Kapten City, Vincent Kompany berkata perlawanan menentang pendahulu liga adalah jenis perlawanan yang “anda hidup untuk”.

“Pemain-pemain utama kami mengalami kecederaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini tetapi kami mempunyai segalanya untuk bermain. Ia bergantung kepada kami,” Kompany memberitahu Sky Sports.

“Setiap jiwa yang hidup(skuad City) yang masuk ke stadium harus bersedia untuk bertarung dan memberikannya kepada mereka [Liverpool], dan kami harus dapat melakukan segalanya untuk memengangi perlawanan itu.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : BBC/irishnews

Post Author: Wade Wilson