Liverpool Mungkin Terpaksa Meneliti Semula Pasaran Perpindahan Pada Januari Hadapan

Krisis kecederaan menyebabkan Liverpool terpaksa menggunakan kesemua pemain pertahanan yang cergas buat masa masa sekarang.

Jurgen Klopp pernah menegaskan bahawa ianya sesuatu yang “luar biasa” sahaja yang membuatkan beliau mahu meneliti pasaran perpindahan pemain semula pada Januari depan.

Dan dua kecederaan major menimpa pemainnya dalam tempoh seminggu mungkin memaksa beliau untuk melihat kembali pasaran perpindahan pada Januari, dengan Joe Gomez dan Joel Matip berkemungkinan besar akan terlepas perlawanan sekurang kurangnya hingga awal Februari hadapan.

Ia membuatkan Liverpool hanya mempunyai khidmat Dejan Lovren dan Virgil Van Dijk di barisan pertahanan senior sahaja dengan Liverpool akan menghadapi Man United sekaligus bermulanya tempoh perlawanan paling sibuk musim ini; 5 perlawanan dalam jarak masa 18 hari.

Lovren sudah pasti akan diturunkan dalam perlawanan menentang Man United dengan sebelum ini beraksi dengan baik ketika Final UCL dan juga kempen Piala Dunia 2018.

Namun masalah utama Lovren ketika ini adalah isu kecergasan beliau sendiri. Beliau hanya memulakan perlawanan sebanyak 6 kali sahaja musim ini dengan pelbagai kecederaan sebelum ini. Adakah beliau mampu mengharungi 5 perlawanan tersebut tanpa sebarang kecederaan?

Buat masa sekarang, tiada banyak pilihan di barisan pertahanan buat masa sekarang.  Pemain Akademi, Nat Phillips telah menunjukkan prestasi yang baik yang memuaskan hati Klopp ketika kunjungab pramusim di Amerika Syarikat baru baru ini.

Pemain berusia 21 tahun ini bakal berada di bangku simpanan namun mengalami masalah otot Achilles baru baru ini. Beliau tidak terlibat dalam pasukan Liverpool Bawah 23 Tahun sejak dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Everton 23 Tahun pada bulan lepas.

Selain itu pemain alternatif lain di Akademi adalah Conor Masterson dan George Johnstone.

Conor Masterson sebelum ini pernah diletakkan di bangku simpanan 2 kali musim lepas, dan salah satu perlawanan itu adalah menentang Man City dalam Suku Akhir UCL di Anfield.

Namun beliau juga mempunyai masalah kecederaan sendiri, dengan terlepas perlawanan awal musim disebabkan kecederaan meniskus lutut ketika sesi latihan sebelum perlawanan akhir UCL di Kiev.

Manakala pemain kelahiran Manchester, Johnston beraksi di samping Masterson ketika perlawanan menentang Arsenal Bawah 23 Tahun minggu lepas.

Dan pilihan yang ada untuk Klopp dari perlawanan minggu ini hingga Tahun Baru adalah dengan meletakkan Fabinho sebagai bek tengah buat sementara waktu.

Sebelum ini, Fabinho pernah beraksi di posisi tersebut ketika perlawanan terakhir pramusim menentang Torino di Anfield pada Ogos lepas.

Gini Wijnaldum juga pernah diletakkan sebagai pemain pertahanan ketika menentang Brighton musim lepas, tetapi ketika itu formasi pasukan adalah 3 pertahanan dan beliau sendiri tidak suka bermain di posisi itu.

Sehingga 1 Januari, Klopp terpaksa menggunakan apa yang ada di dalam pasukannya sambil berharap Virgil Van Dijk dan Dejan Lovren kekal cergas.

Selepas 1 Januari, pelbagai situasi boleh berlaku dalam pasukan. Klopp pernah meminjam khidmat Steven Caulker secara pinjaman 3 tahun lepas selepas Dejan Lovren dan Martin Skrtel  mengalami kecederaan hamstring dalam jangkamasa lama.

Dan Klopp ketika ini berhadapan dengan situasi yang sama. Senario “luar biasa” berada di hadapan mata beliau.

ADMIN

Apa sekalipun, ianya terpulang dengan Klopp untuk mempercayai barisan pertahanan dari Akademi atau meminjam khidmat pemain pertahanan lain.

Perpindahan tetap, mungkin tidak berlaku namun tidak tolak kemungkinan ada.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman