Liverpool Terus Menilai Posisi Penjaga Gol Meskipun Tidak Memburu Allison

Penjaga gol Brazil ini dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sepanjang musim ini.

Dan Liverpool akan terus menilai calon berpotensi untuk menjaga gawang meskipun masa depan Allison mungkin akan berakhir ke kelab lain.

Dalam masa 6 bulan sebelumnya, Liverpool dikaitkan dengan perpindahan pemain itu untuk menambahbaik kualiti pemain di posisi tersebut.

Terdapat laporan dari Brazil yang mendakwa Liverpool telah mengemukakan bidaan sebanyak €65 juta untuk khidmat penjaga gol tersebut.

Namun laporan itu dianggap tidak benar apabila Liverpool sebelum ini telah memaklumkan kepada ejen Allison bahawa berkemungkinan kelab itu tidak meneruskan hasrat untuk membida pemain itu musim hadapan.

Manakala Roma juga berkeras untuk tidak menjual pemainnya itu, malahan Allison sendiri tidak menyatakan hasrat untuk berpindah buat masa sekarang.

Namun begitu Roma tetap melakukan pelan kontigensi bagi menggantikan Allison sekiranya terdapat sebarang bidaan yang menepati syarat yang ditetapkan kelab itu sebelum ini.

Roma berhasrat untuk tidak mahu lagi melepaskan pemain dengan harga yang begitu murah, sepertimana yang mereka lakukan terhadap Mo Salah dengan menjual kepada Liverpool pada harga £36.9 juta sahaja.

Liverpool masih memantau perkembangan Allison namun tidak berhubung secara terus terhadap Roma, dengan wakil kelab itu percaya sebarang perbincangan mungkin menemui jalan yang sukar.

Pada masa yang sama Allison lebih memilih untuk berhijrah ke Real Madrid, yang kini sedang menilai juga posisi penjaga gok mereka dan persetujuan boleh dicapai jika kelab Sepanyol itu membida pada harga yang ditetapkan.

Klopp dilaporkan mahu mendapatkan penjaga gol baru dengan Simon Mignolet bakal meninggalkan Anfield, dan juga Danny Ward yang tidak lagi mampu mencabar posisi Karius selaku penjaga gol nombor 1.

Allison telah mengesahkan bahawa tiada sebarang perhubungan dilakukan oleh kelab mengenai perpindahan beliau ketika sidang media di Sochi semalam.

Menurut Allison :

“Ianya lebih baik untuk tidak membaca sebarang spekulasi”.

“Tiada sebarang bidaan rasmi diterima hingga sekarang. Saya mempunyai kontrak dengan Roma dan amat gembira di sana”.

“Saya faham kebanyakan peminat mahukan jawapan, namun fokus saya hanyalah Piala Dunia. Selepas itu barulah kami akan berbincang sesuatu yang terbaik untuk saya dan kelab, samada saya kekal atau berpindah”.

ADMIN

Diharap kita tidak membicarakan mengenai Allison lagi selepas ini. Liverpool mungkin tidak meneruskan bidaan terhadap beliau.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts