Liverpool Tidak Berhasrat Untuk Membeli Penjaga Gol Baru Januari Ini

Sekaligus tidak menggunakan dana penjualan Coutinho untuk melabur semula untuk posisi itu.

Liverpool telah dikaitkan dengan penjaga gol Roma, Allison dan terdapat dakwaan bahawa perbincangan telah dilakukan antara kedua dua kelab untuk pemain tersebut.

Namun Echo difahamkan bahawa Liverpool buat masa sekarang tidak berhasrat untuk menggunakan dana penjualan Coutinho ks Barcelona untuk merekrut seorang lagi penjaga gol.

Klopp setakat ini gembira dengan situasi penggiliran antara Karius dan Mignolet di gawang Liverpool hingga Mei nanti. Difahamkan pengurus itu akan menilai semula situasi itu ketika musim panas akan datang.

Jurgen Klopo juga akan membuat keputusan untuk masa depan Danny Ward, samada mahu mengekalkan beliau sebagai penjaga gol simpanan atau meminjamkannya ke kelab lain untuk membolehkan beliau bermain lebih kerap dalam baki musim seterusnya.

Selepaa membantu Huddersfield kembali ke Liga Perdana, penjaga gol itu kembali ke Liverpool namun buat masa sekarang ianya mengecewakan buat pemain ini dengan satu satunya penampilan beliau adalah pada perlawanan Carabao Cup menentang Leicester City.

Klopp telah melakukan sistem penggiliran penjaga gol setakat ini antara Mignolet dan Karius dalam semua perlawanan.

Mignolet telah bermain sebanyak 19 dari 22 perlawanan EPL setakat ini, dan Karius digunakan dalam kejohanan UCL dan juga Piala FA.

ADMIN

Sudah pastinya tiada penjaga gok baru musim ini dan mungkin hanya akan dilakukan pada musim panas depan.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts