Liverpool Tidak Mempertimbangkan Untuk Kembali Mendapatkan Allison

Dakwaan media Itali mengenai Liverpool yang sedia untuk membida Allison adalah tidak tepat.

Namun begitu, laporan itu tidak benar apabila Liverpool tidak berhasrat mendapatkan penjaga gol Brazil itu dengan bidaan sebanyak €65 juta Euro termasuk ganjaran klausa tambahan sebanyak 5 juta.

Difahamkan Liverpool tidak menghubungi Roma mengenai status Allison sejak musim lepas, apabila mereka telah memaklumkan kepada wakil Allison supaya tidak mengharapkan sebarang bidaan dari Liverpool musim ini.

Liverpool telah memantau perkembangan Allison sebelum ini, namun cubaan untuk membida pemain ini bakal menemui jalan kesukaran disebabkan nilai penjualan yang boleh mencecah €70 juta.

Roma juga berazam tidak mahu mengulangi kesilapan dengan menjual pemain dengan harga yang lebih rendah, setelah melepaskan pemain mereka Mo Salah dengan hanya £36.9 juta sahaja.

Difahamkan juga Allison lebih berminat ke Real Madrid, dengan Chelsea dan PSG turut bersedia untuk memburu khidmatnya setakat ini.

Roma juga tidak berniat untuk melepaskan Allison, sementara pemain itu juga tidak meminta untuk dilepaskan ke kelab lain. Namun pengarah sukan kelab, Monchi bersedia untuk mendengar tawaran dari mana mana kelab.

“Peluang beliau kekal di sini amat cerah dan begitu juga pemain lain yang tidak menerima apa apa tawaran. Jika ada, kami akan mendengar tawaran tersebut”.

Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan untuk merekrut penjaga gol baru musim ini dengan Simon Mignolet mungkin akan meninggalkan Anfield.

ADMIN

Mungkinkah ada calon lain? Harga Allison lebih mahal sebenarnya.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman