Liverpool v Crystal Palace : Kunci Pertarungan Di Padang

Liverpool akan menerima dan melayan Crystal sebentar nanti.

Oleh itu mari Kita lihat Kunci Pertarungan beberapa pemain utama kerana mungkin merekalah menentu keputusan nanti.

Dejan Lovren v Christian Benteke

Jika prestasi Lovren tidak meningkat seperti mana perlawanan lepas, maka pasti Christian Benteke akan tersenyum lebar.

Buat masa ini, Lovren kelihatan agak gementar terutama dalam minit awal perlawanan khasnya.

Kaedah “tackling” dan sering “hilang dari radar” untuk marking sering sahaja menjadi permasalahan.

Ini juga tidak dibantu oleh Alberto Moreno yang akan menerobos ke atas “Tanpa memikirkan” keselamatan di bahagian bek Kiri.

Sadio Mane v Joel Ward

Crystal Palace sama seperti Hoffenheim akan menggunakan 3 bek tengah di barisan belakang.

Jika menurut rekod, Sadio Mane amat “gemar” jika pasukan menggunakan 3 Bek tengah.

Ini akan membuka ruang yang lebih dibahagian sayap khasnya. Dalam masa yang sama, bek akan keliru di situ.

Ward mempunyai tugas berat untuk mengawal Sadio Mane yang jaringkan gol di Watford.

Jika dapat mengwal sekalipun, Sadio akan memberi impak seperti menghadiah sepakan percuma untuk Liverpool yang berjaya menjaringkan kedua gol di Hoffenheim.

Gyni Wijnaldum v Luka Milivojevic

Wijnaldum secara ikhlasnya tidak menyerlah dalam Dua perlawanan lepas, namun tetap diberi kepercayaan untuk bermain.

Mili adalah antara “controller tempo” bagi pasukan Crystal Palace samada menyerang Dan bertahan.

Jika Wijnaldum bermain dengan baik, pasti ianya akan beri kelebihan kepada Jordan Henderson Dan pasukan Liverpool.

Jika tidak, pasti barisan tengah akan dikawal rapi oleh pasukan pelawat. Jordan Henderson juga harus meningkatkan perlawanan.

Lebih Andaman jika Zaha dapat diturunkan. Ini akan memberi kepantasan bersama Puncheon.

Prediksi

Liverpool 3 – Crystal Palace 1

Post Author: Bos LMreds