Liverpool v Crystal Palace : Previu Ringkas Perlawanan

Prestasi Pasukan

Crystal Palace memulakan kempen dengan buruk pada musim ini bersama jurulatih baru iaitu Frank De Boer, yang pernah berhasrat untuk memegang kerusi panas Liverpool setelah kekosongan disebabkan pemecatan Brendan Rodgers sebelum ini. Untuk minggu lepas Crystal Palace telah tewas 3-0 di tempat lawan dengan pendatang baru Huddersfield Town, yang dibimbing oleh rakan Klopp, David Wagner.

De Boer datang ke lembah Liga Perdana Inggeris dengan rekod yang impresif di Liga Belanda bersama Ajax. Tidak pasti adakah skuad Crystal Palace mampu untuk melakukan ‘comeback’ di Anfield atau tidak.

Yang pastinya, Crystal Palace akan ‘membalas dendam’ atas kekalahan menentang Huddersfield Town di laman sendiri dengan Liverpool.

Liverpool pula seri dengan Watford walaupun ‘gol ofsaid’ yang dijaringkan dalam minit terakhir di Vicarage Road. Longgarnya barisan pertahanan mungkin menyebabkan Liverpool akan bolos lebih banyak lagi pada masa hadapan. Atau Klopp ada resepi untuk menguatkan barisan pertahanan ini.

Ancaman yang paling utama adalah Christian Benteke yang memiliki tandukan yang berbisa. Dan mungkin Klopp akan ‘bertanya khabar’ dengan rakannya, David Wagner, kaedah untuk menewaskan Crystal Palace ini.

Perlawanan di pertengahan minggu, Liverpool pulang dengan bekal agregat yang lebih baik di bumi Hoffenheim dalam Liga Juara Eropah.

Ini adalah pengalaman pertama dalam musim ini, Klopp akan bermain di Anfield dengan padang yang dinaiktaraf bernilai sekitar 100,000 pound. Kehadiran ‘hero yang tak diundang’ seperti Trent Alexander dalam minggu ini, mungkin menjadi nadi kepada berlakunya beberapa perkara yang diingini oleh peminat terutama daripada sepakan sudut mahupun sepakan percuma.

Berita Pasukan

Crystal Palace kehilangan Zaha kerana mengalami masalah di lutut dan mungkin mampu untuk turut bermain pada asasnya. Connor Wickham dan Bakary Sako pula masing-masing masih tidak cergas. Manakala Cabaye dan James McArthur masih mengalami kecederaan dan tidak pasti adakah boleh diturunkan atau tidak.

Jika Zaha boleh diturunkan pada perlawaan ini, berkemungkinan pemilihan pemain adalah sama seperti perlawanan menentang Huddersfield Town yang lepas.

Liverpool mungkin boleh menarik nafas lega kerana Klopp menyatakan Daniel Sturridge telah pulih kembali. Yang pasti Adam Lallana dan Nathaline Clyne masih cedera. Danny Ings walaupun telah pulih dilihat tidak akan diturunkan kerana sedang berada dalam skuad 23 tahun setelah kecederaan yang lama menimpa sebelum ini.

Pemain ‘kontroversi’, Philippe Coutinho juga masih tidak dapat diturunkan kerana mengalami sakit belakang. Berkemungkinan besar Jurgen Klopp akan menggunakan skuad yang sama. Dan mungkin bagi isu taktikal akan menukar Alberto Moreno atau Jordan Henderson.

Predisksi Kesebelasan

Liverpool : Mignolet, Alexander-Arnold, Matip, Lovren, Milner, Henderson, Emre, Wijnaldum, Salah, Firmino, Mane

Crystal Palace : Hennessey, Fosu-Mensah, Dann, Riedewald, Ward, Milvojevic, Puncheon, van Aanholt, Loftus-Cheek, Zaha, Benteke

Kekuatan

Crystal Palace : Datang daripada tandukan Christian Benteke khasnya. Kehadiran Zaha mungkin mampu untuk merencanakan serangan balas, terutama di bahagian sebelah kiri, di kawasan Lovren dan bek kiri. Dann juga mempunyai tandukan yang bagus dalam sepakan bebas. Milvojevic dan Loftus Cheek akan menjadi nadi kepada serangan Crystal Palace bersama Puncheon.

Liverpool : Semestinya datang daripada trio Mane-Salah-Firmino dengan aspek kelajuan, kepantasan dan ketepatan untuk menyudahkan bola. Ianya terletak kepada kreativiti dan fleksibiliti Wijnaldum dan Emre Can. Selain itu, ancaman sepakan yang berbahaya daripada Arnold Trent untuk menghantar bola dalam situasi sepakan bebas.

Kelemahan

Crystal Palace : Pada asasnya, Crystal Palace banyak dibolosi daripada sepakan bebas. 3 gol daripada Huddersfield adalah gol daripada hantaran lintang yang dijanakan samada di udara atau hantaran rendah. Kekuatan untuk menepis hantaran lintang perlulah diekspoitasikan oleh Liverpool.

Liverpool : Mempunyai kelemahan yang hampir sama dengan Crystal Palace iaitu menanangani sepakan lintang dan sepakan bebas daripada pasukan lawan. Jika Moreno diturunkan, maka Liverpool akan kawasan yang lebih luas di bahagian kiri. Ini juga tidak dibantu oleh Emre Can dan Wijnaldum, menyebabkan Jordan Henderson terpaksa melakukan banyak tugas. Kegugupan Dejan Lovren perlu juga diambil perhatian.

Pertemuaan Terakhir

Anfield adalah tempat ‘syurga’ bagi Crystal Palace pada asasnya. Liverpool tewas dalam 3 perlawanan sebelum ini menentang Crystal Palace pada 3 musim yang lepas di Anfield.

Kedua pasukan mahukan kemenangan yang sulung untuk perlawanan ini. Liverpool juga bertemu dengan Crystal Palace dalam perlawanan pra-musim yang lepas untuk Piala Asia di Hong Kong dengan kememangan berpihak kepada Liverpool, 2-0.

Prediksi

Liverpool mungkin gembira dengan kemenangan di Hoffenheim pada minggu lepas. Liverpool memang agak kecewa kerana kehilangan 2 mata di Vicarage Road. Sama juga dengan Watford yang ingin 3 mata pertama khasnya untuk pengurus baru, Frank De Boer. Berkemungkinan kedua pasukan akan berjaya lakukan jaringan dan defisit kemenangan tidak akan terlalu besar.

Mungkin rumput padang baru mampu untuk meningkatkan permainan dengan flow yang lebih cantik seperti yang dinyatakan sejak kendalian Brendan Rodgers Lagi.
Berapa prediksi anda? Bagi saya,

Liverpool 3 Crystal Palace 1

Related posts