Liverpool vs Arsenal : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Perlawanan pusingan kedua yang agak “heavyweight” menentang skuad kendalian Unai Emery di Anfield.

Liverpool melebarkan jarak antara pencabar terdekat dengan 6 mata, dan berharap untuk menamatkan tahun 2018 dengan kemenangan pada awal pagi ini.

The Reds tidak terkalah dalam saingan liga buat ketika ini, dan juga berada di dalam kedudukan selesa di hadapan juara bertahan Man City yang mengalami dua kekalahan berterusan ke atas Leicester dan Crystal Palace.

Dalam perlawanan pusingan pertama, Liverpool diikat 1 – 1 bersama Arsenal di Emirates Stadium.

Berikut adalah beberapa info penting dalam perlawanan pagi ini.

Sepak Mula

Jam 5.30 petang waktu tempatan. Manakala di Malaysia, jam 1.30 pagi.

Siaran Langsung

Untuk siaran langsung di England, ianya boleh diikuti menerusi BT Sports 1.

Manakala di Malaysia, siaran langsung boleh diikuti menerusi siaran Astro Supersport 816 / 834 HD.

Dan seperti biasa, tiada link live streaming dan live FB disertakan. Namun kami akan berikan di ruang komen dan kami amat menggalakkan perkongsian.

Perkembangan Terkini Liverpool FC

James Milner masih tersisih akibat kecederaan hamstring, namun difahamkan Alex Oxlade Chamberlain dijangka pulih lebih cepat dan menjalani latihan berpasukan seawalnya lewat Februari.

Namun beberapa nama seperti Joe Gomez, Joel Matip dan Dominic Solanke masih tersisih akibat kecederaan, namun Alberto Moreno dilaporkan sudah pulih.

Pengadil Perlawanan

Michael Oliver.

Beliau telah mengendalikan 3 perlawanan melibatkan Liverpool; menentang Crystal Palace, Spurs dan Huddersfield. Ketiga tiganya dimenangi Liverpool.

Apa yang menarik, beliau telah mengadili perlawanan melibatkan kedua dua kelab sebelumnya ketika musim 2016 2017, dengan kemenangan 4 – 3 ke atas Arsenal.

ADMIN

Ramalan anda? Pastinya Liverpool mahu melebarkan rentak kemenangan namun harus berhati hati dengan taktikal Arsenal.

YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman