Liverpool vs Borussia Dortmund : ICC – Ramalan Line-Up, Statistik Perlawanan

Borussia Dortmund bakal berdepan dalam perlawanan kedua untuk lawatan pra-musim mereka ke Amerika Syarikat menentang bekas jurulatih mereka sendiri Jurgen Klopp yang kini bersama Liverpool.

Perlawanan bakal berlangsung di Bank of America Stadium di Charlotte, North Carolina pada awal pagi ini, 4:05 pagi.

Terkini Tentang Kedua-Dua Pasukan

Dortmund

Perlawanan ini bakal berlangsung hanya selepas dua hari Borussia Dortmund mengalahkan Manchester City 1-0 dalam perlawanan pembukaan International Champions Cup. Yang mana sepatutnya dapat melihat Lucien Favre menukar kesebelasan utama skuadnya, bagi membolehkan beliau sendiri menguji stamina para pemainnya dalam persiapan untuk menghadapi musim baru. Skuad Dortmund bersama enam pemain muda, serta nama-nama yang cukup terkenal seperti Christian Pulisic dan Marco Reus. Manakala perjanjian terbaru mereka, Abdou Diallo, Marius Wolf, Ashraf Hakimiand Marwin Hitz juga turut hadir.

Liverpool

Liverpool telahpun ke perlawanan akhir UEFA Champions League dalam musim ketiga mereka di bawah bekas bos BVB sendiri Klopp, dan juga telah menyertai tiga perlawanan persahabatan di sekitar Northwest of England baru-baru ini. Terdapat beberapa wajah pemain yang biasa dilihat oleh para peminat Bundesliga yang hadir dalam skuad ini seperti Naby Keita sebelum ini bersama RB Leipzig, manakala bekas pemain Bayern Munich, Xherdan Shaqiri juga dijangka akan segera bergabung. Joel Matip adalah bekas pemain pertahanan Schalke dan Ragnar Klavan pula dari Augsburg. Penjaring gol terbanyak musim lalu Mo Salah turut sertai bersama selepas kembalinya beliau dari Piala Dunia, tetapi beberapa pemain yang lain masih bercuti.

Ramalan Kesebelasan Utama

Liverpool : Karius, Clyne, Fabinho, Van Dijk, Wijnaldum, Milner, Keita, Mane, Salah, Gomez, Sturridge, Grujic, Klavan, Moreno, Lallana, Shaqiri, Robertson, Origi, Solanke, Matip, Phillips, Jones, Markovic, Ojo, Woodburn, Kelleher, Camacho, Chirivella, Grabara.

Yang Tidak Serta : Oxlade-Chamberlain (masalah lutut), Mignolet, Lovren, Alexander-Arnold, Henderson, Firmino (masih bercuti), manakala Danny Ings, akan tetap berada di Melwood untuk menjalani latihan tambahan selepas kehilangan beberapa sesi sejak awal musim bermula kerana kecederaan di buku lali.

Jurulatih : Jürgen Klopp

Dortmund : Zagadou, Diallo, Sancho, Sahin, Götze, Reus, Isak, Toljan, Wolf, Rode, Dahoud, Philipp, Schürrle, Pulisic, Gomez, Piszczek, Schmelzer, Burnic, Bruun Larsen, Hitz, Toprak, Oelschlägel, Hakimi, Bochdorn , Pieper, Boadu, Hupe, Dieckmann, Sechelmann

Yang Tidak Serta : Weigl (groin), Guerreiro, Kagawa, Delaney, Bürki, Akanji (masih bercuti).

Jurulatih : Lucien Favre

Statistik Perlawanan

  • Pulisic, 19 tahun, memegang pelbagai rekod, termasuk penjaring gol termuda bagi warganegara asing dalam sejarah Bundesliga dan pemain termuda untuk Amerika Syarikat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
  • Reus telah menjaringkan gol dan ‘assist’ dalam pertemuan terakhir di Anfield pada 2016.
  • Perjanjian baru Dortmund iaitu Hakimi, merupakan sebahagian daripada skuad Real Madrid yang mengalahkan Liverpool untuk menjuarai Liga Juara-Juara 2018.
  • Klopp menghabiskan masa tujuh tahun mengendalikan Dortmund, memenangi Bundesliga sebanyak dua kali dan menjangkau sehingga ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern.
  • BVB dan Liverpool telah bertemu lima kali dalam aksi perlawanan kompetitif. Yang pertama melihat Dortmund mengalahkan kelab Merseyside di perlawanan akhir Piala UEFA Cup 1966.
  • Stadium Bank of America juga sebelum ini pernah menganjurkan perlawanan dari rakan sepasukan Bundesliga Dortmund, Bayern dengan meraih kemenangan 4-1 ke atas Inter Milan pada tahun 2016.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Bundesliga

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds