Liverpool vs Man City : Info Perlawanan Tengah Malam Ini

The Reds akan kembali ke Anfield untuk melayani kunjungan peneraju liga sekarang.

Malam ini merupakan pengakhiran kepada jadual perlawanan yang ketat dan padat. Liverpool masih belum tumpas dalam kancah EPL namun berada di kedudukan kedua setelah kehilangan 2 mata selepas menentang Chelsea.

Tewas kepada Napoli pertengahan minggu ini, Liverpool pastinya mahu bangkit daripada kekecewaan sebelum liga bercuti selama 2 minggu.

Stadium

Anfield. Pastinya Liverpool mahu meneruskan rentak kekebalan di halaman sendiri ke atas Man City.

Perlawanan terakhir menyaksikan Liverpool membenam cabaran The Cityzen dalam kancah UCL dengan jaringan 3 – 0 musim lepas.

Sepak Mula 

Waktu tempatan pada jam 4.30 petang.

Manakala di Malaysia, 11.30 malam.

Siaran Langsung

Peminat yang berada di UK akan boleh menonton menerusi Sky Sports.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD.

Seperti biasa kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB, namun jika ada kami akan kongsikan.

Terkini Mengenai Liverpool FC

Naby Keita masih lagi diragui untuk diturunkan, bermakna Jordan Henderson berkemungkinan besar akan mengisi kekosongan itu.

Fabinho adalah alternatif di tengah, manakala Sturridge dan Shaqiri bersedia untuk diturunkan jika Klopp berhasrat menggilirkan pemain penyerangnya yang tidak menyerlah sejak beberapa perlawanan sebelumnya.

Adam Lallana dan Divock Origi masih belum diturunkan dan Alex Oxlade Chamberlain masih menjalani pemulihan.

Perlawanan Seterusnya 

Cuti untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa selama 2 minggu sebelum Liverpool bertandang ke Huddersfield.

ADMIN

Ramalan anda?

Sukar diramal namun sewajarnya Liverpool cuba untuk memenangi perlawanan malam ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman