Liverpool vs Watford : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Setelah mengalami kekalahan dalam aksi menentang Man United di Old Trafford minggu lepas, Liverpool kembali ke Anfield bagi melayani kunjungan Watford.

SEPAKMULA

5.30 petang waktu tempatan. Bermakna di Malaysia pada jam 1.30 pagi hari ini. ( Awal pagi Ahad )

TONTONAN

Jika anda berada di England, siaran dapat diikuti menerusi BT Sports.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB, namun seperti biasa jika ada kami akan berkongsi.

PENGADIL PERLAWANAN

Anthony Taylor.

Beliau pernah mengadili perlawanan melibatkan Liverpool sebanyak 2 kali; ketika kemenangan ke atas Leicester 3 – 2 dan pertemuan ini semasa di gelanggang pasukan lawan.

Namun beliau belum lagi melayangkan kad merah musim ini.

Dan beliau berasal dari Manchester.

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mo Salah sekali lagi bakal menjadi sandaran Liverpool di barisan hadapan walaupun dalam dua perlawanan terakhir mereka tidak menjaringkan gol.

Peminat mahukan kehadiran Jordan Henderson ketika ini untuk menerajui bahagian tengah.

Watford

Karier Troy Deeney seakan berubah sejak Javi Garcia mengambil alih tampuk pengurus apabila telah menjaringkan 3 gol setakat ini.

Selain itu Abdoulaye Doucoure adalah ancaman buat pertahanan Liverpool bersama sama Richarlison.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Adam Lallana bakal terlepas perlawanan ini setelah difahamkan beliau mengalami sedikit kecederaan.

Manakala masih terlalu awal buat Nathaniel Clyne untuk kembali kerana harus meningkatkan kecergasan beliau lagi.

Namun difahamkan Georginio Wijnaldum bakal kembali ke kesebelasan utama setelah pulih dari sakit.

Watford.

Watford mengalami sekurang kurangnya 10 pemain yang cedera atau tidak cergas sepenuhnya.

Gerard Deulofeu, Tom Cleverley, Younes Kaboul, Nathaniel Chalobah dan Jerome Sinclair masing masing tersisih akibat kecederaan.

Manakala Heurelho Gomes pula digugurkan dari skuad pada perlawanan menentang Arsenal atas sebab yang tidak diketahui.

PERTEMUAN TERAKHIR

Perlawanan pertama musim ini pada Ogos menyaksikan Stefano Okaka menjaringkan gol pendahuluan buat Watford.

Namun begitu Sadio Mane menjaringkan gol penyamaan sebelum Doucoure menjaringkan lagi gol pendahuluan.

Firmino menjaringkan gol penalti buat Liverpool, dan Mo Salah melakukan jaringan dalam penampilan pertamanya untuk Liverpool mendahului 3 – 2.

Namun begitu di lewat permainan, Miguel Britos menjadi penyelamat Watford apabila menjaringkan gol penyamaan untuk membolehkan kedua dua pasukan berkongsi mata.

FAKTA PERLAWANAN

Sejak Javi Garcia mengambil alih, Watford telah memenangi 3 daripada 7 pertemuan dalam liga.

Namun begitu Liverpool tidak terkalah di tempat sendiri sejak April 2017 dalam kancah liga.

Watford pernah mengejutkan Chelsea apabila memenangi perlawanan 4 – 1 di Stamford Bridge.

ADMIN

Ramalan anda? Kemenangan amat penting buat Liverpool sekarang. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts