Loris Karius Bakal Digugurkan Dari Kesebelasan Utama Besiktas Kerana “Media Sosial”

Beliau mungkin akan digugurkan dari skuad Besiktas dalam Europa League kerana dilaporkan terlalu “mengambil berat” dalam laman sosialnya.

Karius memulakan karier dengan prestasi yang turun naik di Turki meskipun melakukan 7 penampilan bersama pasukan itu ketika ini.

Beliau dipinjamkan ke Besiktas pada musim panas lepas untuk 2 musim, dengan pilihan untuk perpindahan selepas tempoh peminjaman itu tamat.

Namun beliau dikritik hebat di atas kesilapan yang dilakukan ketika kekalahan ke atas Malmo, di mana satu hantaran lintang yang terkena pemain pertahanan Caner Erkin melepasi jangkauannya dan menerjah jaring.

Beliau juga diturunkan dalam aksi liga tiga hari selepas itu, dengan menyaksikan Besiktas seri ke atas Konyaspor 2 – 2.

Terdapat laporan di Turki menerusi Fotomac mendedahkan pengurus Besiktas, Senol Gunes berkemungkinan besar akan mengugurkan Karius dari skuad Europa League menentang Genk pada Khamis hadapan.

Sebelum itu Besiktas akan menentang Goztepe dalam aksi liga terlebih dahulu, dengan pasukan itu berada di kedudukan ketiga Liga Turki dengan 3 mata dipisahkan dengan pencabar kejuaraan Galatasaray.

Namun begitu Karius juga mendapat kritikan dari Germany sendiri.

Bekas penjaga gol Hamburg, Eihtract Frankfurt dan Jerman Barat – Uli Stein yang pernah bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di Nigeria dan Azerbaijan mendakwa pemain itu terlalu menumpukan situasi di media sosialnya berbanding kariernya sendiri.

Menurut Stein :

“Karius dilihat lebih banyak memuatnaik foto mengenai gaya hidup beliau berbanding persembahannya di atas padang”.

“Beliau sebenarnya memerlukan dua musim untuk membuktikan kredibiliti beliau sekali lagi”.

Loris Karius mempunyai 2.4 juta pengikut di Instagram dan lebih 600 ribu pengikut di Twitter.

Beberapa foto beliau di laman Instagram mengenai gaya hidup beliau 6 minggu selepas kekalahan Liverpool di Final UCL dikatakan mendapat reaksi tidak menyenangkan dari rakan sepasukan beliau sendiri.

ADMIN

Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk memaparkan gaya hidup beliau di laman sosial, namun setiap komen “membawang” di laman sosial itu mungkin menjejaskan prestasinya jika dibaca.

Bandingkan laman sosial Alisson dan Loris Karius dan lihat perbezaannya foto paparan di sana.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman