Loris Karius Dikritik Pengurus Besiktas :”Sesuatu Tidak Kena Terhadap Beliau!”

Penjaga gol yang dipinjamkan dari Liverpool ini menerima kritikan setelah mempamerkan aksi lemah ketika kemenangan Besiktas 3 – 2 ke atas Konyaspor.

Beliau telah dibolosi oleh jaringan penyamaan dari Omar Ali Sahiner pada minit ke 20, dan merupakan gol ke 37 beliau dibolosi musim ini bersama Besiktas.

Penjaga gol itu gagal menepis bola dengan kemas di mana ia dianggap satu kesilapan mudah dan diejek peminat Besiktas sendiri sepanjang perlawanan tersebut.

Kariua menyertai Besiktas dari Liverpool secara pinjaman untuk membina balik karier beliau setelah gagal pulih dari mimpi ngeri semasa Final UCL musim lepas.

Dan Senol Gunes mendakwa Karius masih belum lagi cuba memulihkan keyakinannya di sini.

“Beliau harus dipersalahkan oleh gol yang disebabkan oleh beliau. Beliau tampak kaku di gawang, sesuatu tidak kena berlaku pada beliau yang seperti hilang motivasi dan keterujaan dalam perlawanan ini”.

Terdapat khabar angin menyatakan bahawa Karius meminta untuk dikeluarkan pada rehat separuh masa akibat ejekan penonton sendiri, namun Gunes tidak menafikan kenyataan tersebut.

“Beliau memang bersikap begitu sejak menyertai kami. Beliau tidak merasai bahawa beliau sebahagian dari pasukan ini”.

“Ia sesuatu yang kami belum berjaya lakukan terhadap beliau. Sebahagiannya mungkin datang dari silap saya sendiri”.

Untuk menyedarkan Karius, Besiktas telah menafikan laporan bahawa beliau akan digugurkan untuk memberi peluang Tolga Zengin beraksi.

“Sesuatu tidak kena, dan beliau tidak bernasib baik”.

“Beliau berbakat namun tidak berada pada prestasi sebenar serta kami bermasalah. Jika Tolga meningkatkan prestasi saya mungkin akan menurunkan beliau”.

Ketika ini Besiktas berada di tangga ketiga Liga Super Turki.

ADMIN

Lama juga beliau tak boleh move on? Jika kembali ke Liverpool pun, beliau akan memanaskan bangku simpanan juga.

Sumber : Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman