Loris Karius Mahu FIFA Mengambil Tindakan Terhadap Besiktas

Pemain itu sedang dipinjamkan ke Turki dan dilaporkan telah mengemukakan aduan kepada badan bolasepak dunia tersebut.

Difahamkan Besiktas belum lagi membayar gaji beliau selama 4 bulan lepas.

Karius meminta untuk bayaran gajinya dijelaskan dalam 10 hari lepas namun isu tersebut belum diselesaikan oleh kelab.

Kemelut kewangan yang melanda kelab menambahkan lagi situasi keruh antara Karius dan juga Besiktas buat masa sekarang.

Sebelum ini beliau dikritik oleh pengurus Besiktas Senol Gunes di atas kesilapan beliau ketika kemenangan 3 – 2 ke atas Konyaspor.

Berikut adalah artikel mengenai beliau semalam.

Loris Karius Dikritik Pengurus Besiktas :”Sesuatu Tidak Kena Terhadap Beliau!”
Artikel Senol Gunes Mengkritik Loris Karius

Liverpool sebelum ini bersetuju untuk meminjamkan Karius selama 2 musim dengan bayaran awal £2.25 juta kepada Besiktas.

Besiktas mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat beliau dengan nilai £7.25 juta jika beberapa kriteria dipenuhi. Difahamkan ia mengenai sejumlah penampilan buat Karius di kelab itu dan berjaya layak ke kejohanan Eropah.

Masa depan beliau di sana adalah tidak pasti buat masa sekarang.

ADMIN

Patutlah beliau seolah olah tidak bersemangat untuk beraksi baik. Gaji tak dibayar hampir 4 bulan.

Balik je la ke Liverpool. Senang.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman