Loris Karius Tertangkap ‘Kepala’ Virgil Van Dijk

Kedua pemain ini adalah nadi penting bagi Liverpool dalam kemenangan ke atas Porto dalam Liga Juara Eropah pusingan 16 terbaik.

Walaupun pada asasnya, Sadio Mane mendapat tajuk utama dengan jaringan hatriknya, Roberto Firmino dengan ‘kungfu-celebration’-nya dan Mohamed Salah dengan ‘world class goal’ yang ditunjukkannya.

Namun, sebenarnya ada beberapa ‘unsung-hero’ yang tidak didendangkan.

Kali ini, kita bercerita tentang Loris Karius dan Virgil Van Dijk secara serba ringkas.

Keampuhan kombinasi bek tengah dan penjaga gol ini memang diraikan dan diberi perhatian sejak akhir-ahir ini.

Virgil Van Dijk telah menzahirkan rasa gembira dan seronoknya untuk berada dalam kancah Liga Juara Eropah bersama Liverpool pada musim ini buat pertama kalinya. Ianya dimuat naik dalam laman sosialnya.

Secara keseluruhannya, Virgil Van Dijk bermain dengan bagus pada awal pagi tersebut.

  • 92% hantaran tepat
  • 72 hantaran sempurna
  • 2/2 gelecek
  • 2/2 perebutan di udara
  • 3/4 terjahan
  • 5 keluarkan bola
  • 3 berjaya merebut bola

Bolehlah dikatakan Virgil Van Dijk sebagai pemimpin dari belakang.

Bagi Loris Karius, ini adalah rekod’clean-sheet’ terbanyak bagi penjaga gawang untuk kancah Liga Juara Eropah pada musim ini dengan 4 ‘clean-sheet’ setelah perlawanan timbal balik yang pertama menentang Porto lepas.

Dalam satu babak, Loris Karius dan Virgil Van Dijk ada bergelut untuk mendapatkan bola di udara. Virgil Van Dijk bersedia untuk menanduk dan Loris Karius bersedia untuk menangkap.

Akhirnya yang terjadi, Virgil Van Dijk berjaya menanduk dan Loris Karius tidak berjaya menangkap bola tersebut tetapi kepala Virgil Van Dijk.

Saksikan dalam 2 video yang disediakan.

Dari satu sudut, ianya seolah-olah lawak dan ianya memang sedikit ‘comel’ apabila seorang penjaga gol memegang kepala rakan sepasukannya.

Namun, dari satu sudut menunjukkan bahawa Van Dijk mempunyai kebolehan untuk mengagak bola di udara dan berjaya mengeluarkan bola tersebut tanpa perlu mengharapkan penjaga gol.

Kebolehupayaan Van Dijk mengeluarkan bola tersebut secara tepatlah menyebabkan Karius berjaya menangkap bola tersebut memandangkan ‘londaran’ bola yang tepat ke arah kepala Van Dijk. Dalam masa yang sama, Karius fokus dan tidak terlalu mengharap agar pemain pertahanan itu, mengeluarkan bola.

Secara keseluruhan, kedua kombinasi Van Dijk dan Loris Karius ini mula berbunga. Kombinasi penjaga gawang dan bek tengah sangat penting untuk berkomunikasi.

Dalam perlawanan tersebut, keduanya sering sahaja berinteraksi, menjerit, memeluk, bertepuk tangan ‘high five’ dan ianya menunjukkan bahawa kedua-dua mungkin mencipta ikatan ‘kimia’. Ianya perlukan masa dan ianya akan menjadi lebih baik pada musim hadapan.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds