Lovren ‘Maafkan’ Salah Selepas Bermasam Muka

Hubungan sahabat baik ini dikenali umum sungguh akrab sekali, namun sedikit terganggu setelah berakhirnya ‘Boxing Day’

Keakraban hubungan mereka sedikit tegang, sehingga Lovren bermasam muka dengan Salah.

Keakraban persahabatan mereka sangat terserlah sejak Salah menyertai Liverpool dari Roma pada bulan Jun 2017, tetapi sedikit tergugat selepas kejayaan 4-0 meraih kemenangan ke atas Newcastle.

Salah menyiarkan gambar dirinya meraikan gol bersama Fabinho selepas gol pertama ‘midfielder’ itu sumbangkan buat Liverpool, tetapi Lovren dibelakang kelihatannya tidak begitu menyenanginya dengan mempamerkan muka masam mencuka, ke arah rakan sepasukannya.

Begitulah pandangan Lovren, nampak begitu jelas sekali, lantas Salah terpaksa bergurau memohon maaf, seakan menafikannya, dengan acah-acah menjelaskan dia sekadar menjadi peramah dengan Fabinho, bagi meraikan gol sulungnya untuk pasukan Jurgen Klopp.

@dejanlovren06 sungguh, kami sekadar beramah mesra.

Ungkap Salah disamping memuat naik beberapa gambar yang di beri tumpuan pada riak wajah Lovren yang masam itu. 😂

Para peminat Liverpool di FB masuk berpusu-pusu untuk komen di perkongsian Salah itu. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat. Dengan kebanyakan daripada mereka memetik komen emoji 😝😜, bertindak balas seolah mudah terhibur dengan gurauan Salah itu.

@dejanlovren06 really, we were just being friendly.

Posted by Mohamed Salah on Wednesday, December 26, 2018

Bagaimanapun, Lovren kini telah memaafkan sahabat karibnya itu, dengan menjelaskan dia tidak menyimpan sebarang perasaan dendam.

Tak apa saudaraku, saya maafkan kamu. 😁 @mosalah.

Segalanya berakhir dengan baik bagi kedua-dua sahabat sehati sejiwa yang paling akrab dikalangan keluarga Encik Klopp dari Liverpool ini.

Bercakap mengenai persahabatan mereka yang rapat, Lovren berkata pada bulan lepas, sememangnya mereka berdua cepat mesra sejak dari hari pertama lagi Salah tiba di Liverpool.

Yang mana, mereka biasa bercerita bersama, sehingga kepada perkara peribadi dan lebih dari itu, mereka mempunyai latar belakang yang sama, kehidupan yang sukar dari awal lagi.

Dengan tidak mudah bagi perjalanan hidup Salah di Mesir, dan begitu juga dengan kehidupan awal Lovren di Croatia.

Dengan masing-masing berpengalaman hidup yang sama, menjadikan mereka berdua mudah mesra, cepat mesra diantara satu sama lain, malah masing-masing juga suka minum kopi dan kuat bergurau.

Admin : 

Serius, sudah berakhir ! Macam tak percaya ja, tak rasa Lovren begitu senang maafkan Salah, hahaha. Korang pun tahu kan perangai Lovren yang kuat menyakat. 🤭🤭🤭🤫

Tapi, tapi, tapi .. teringin juga nak tau apa reaksi Fabinho, setelah menjadi ‘orang ketiga’, heh heh heh 👻

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds