Luis Garcia Menawarkan Alternatif Untuk Perlawanan Menentang Aston Villa

Liverpool bersedia untuk menghadapi Aston Villa kurang 24 jam sebelum menghadapi FIFA Club World Cup (FCWC) yang berlangsung di Qatar.

Penyokong Liverpool teruja apabila mendengar idea yang diberikan oleh Luis Garcia dan ada sebahagian daripada rakan sepasukan beliau juga turut bersama untuk menyarung kembali jersi The Reds.

Jurgen Klopp telah menamakan 23 pemain yang akan dibawa ke Qatar pada bulan ini.

Fabinho dan juga Joel Matip disisihkan kerana kecederaan, tetapi pengurus akan membawa pemain yang sama ke Qatar.

Ianya bermakna pemain yang bermain di Aston Villa pada suku akhir Carabao Cup kemungkinannya adalah pemain muda dari akademi.

Tetapi Garcia yang sebahagian daripada pasukan yang memenangi kejuaraan Eropah pada 2005 telah menawarkan alternatif untuk menyelesaikan keadaan ini.

Tweet beliau dilaman sosial Twitter nya :

Bekas pemain berdarah Sepanyol itu yang menyatakan kesediaannya untuk menentang Aston Villa, selepas itu beliau mendapatkan pula Peter Crouch. 

Setelah bekas penyerang tinggi lampai yang baru-baru ini bersara dari bolasepak bersedia, Garcia pula mengalihkan pandangan beliau ke bahagian pertahanan dengan cubaan mendapatkan Jamie Carraggher dan Daniel Agger untuk turut serta dan juga memasukkan sesuatu dan menambah manis tawaran yang beliau berikan. 

Tweet Peter Crouch berbunyi :

“Ya. Saya fikir kita mampu untuk memenanginya.”

Dan idea untuk menyaksikan bekas pemain kegemaran mereka bermain semula di Villa Park jelasnya membuatkan penyokong Liverpool teruja, dengan nama Garcia, Crouch, Carraggher, Agger dan semua berpotensi untuk mendaftar. Siapa yang boleh salahkan mereka? 

Lihat juga tweet penyokong Liverpool dibawah:

“Boleh dimainkan di suku akhir Carabao Cup juga. Geng, kita cuba ajak yang lain.”

“Finnan dan Riise fullback?”

“Gerrard di Midfield?” 

“Saya mempunyai nombor telefon Dossena jika ada sesiapa mahukan.”

Dan siapa tahu jika Garcia berjaya mendapatkan beberapa pemain lagenda lain, kemungkinannya lagenda-lagenda Reds ini mampu membina pasukan layak ke separuh akhir.

Dan jika semuanya berjalan lancar, Garcia dan rakan-rakan lain pasti akan membawa Liverpool ke Wembley.

Admin : Jika mereka kembali bermain dengan sebahagian pemain lagenda lain. Apa salahnya kan? Syok juga saksikan pemain lama ni main. Haha

Post Author: Nazz Adam