Lyon “Membuktikan” Kepada Liverpool Bahawa Nabil Fekir Tidak Akan Dijual

Perpindahan bernilai £48.4 juta akhirnya dibatalkan pada saat saat akhir.

Dan Nabil Fekir akan diperkenalkan bersama sama Piala Dunia yang dimenangi France dalam perlawanan pertama Ligue 1 menentang Amiens – pada hari yang sama kempen liga Liverpool bermula.

Perpindahan beliau ke Liverpool tidak menjadi kenyataan meskipun terma peribadi dan juga video pengenalan beliau telah dilakukan disebabkan kecederaan lama beliau berdasarkan pemeriksaan kesihatan.

Liverpool juga difahamkan tidak akan melakukan sebarang urusan perpindahan masuk selepas ini – dengan Klopp mengakui tidak akan berlaku dalam temuramah selepas perlawanan persahabatan menentang Blackburn.

“Kami mempunyai segala galanya di dalam pasukan ketika ini dan kami mungkin tidak melakukan apa apa lagi perpindahan masuk. Saya yakin dengan itu”.

Dan Nabil Fekir yang sepatutnya berada dalam kesebelasan utama menentang West Ham sebelum perpindahan ini dibatalkan, akan bersama dengan Lyon dan diraikan bersama sama Piala Dunia yang dimenangi France.

Berikut adalah imbasan foto menerusi laman Twitter daripada Lyon :

“Nabil Fekir akan diperkenalkan bersama sama trofi Piala Dunia sekembalinya beliau ke Groupama Stadium, pada Ahad 12 Ogos dengan perlawanan menentang Amiens jam 3 petang”.

Liverpool ketika ini telah mendapatkan 4 pemain; Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan juga Alisson.

ADMIN

Sudah hampir pasti Nabil Fekir tidak bersama Liverpool pada musim ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman