Man City Kembali Memintas Liverpool Di Persada Liga – Belasah Chelsea 6 – 0

Sergio Aguero meledakkan hatrik kedua beliau dalam masa 8 hari.

Man City seolah olah bermain dengan sangat bertenaga apabila mendahului Chelsea 4 – 0 dalam 25 minit pertama perlawanan dengan jaringan awal dari Raheem Sterling dan juga Sergio Aguero di awal perlawanan masing masing pada minit ke 6 dan 13.

Aguero kemudian menjaringkan gol ketiga pada minit ke 19, sebelum Ilkay Gundogan menambah gol pada minit ke 23.

Penyerang Argentina itu melengkapkan hatrik beliau pada minit ke 56 menerusi sepakan penalti sekaligus menjaringkan 43 gol dari 64 perlawanan menentang kelab Big 6, lebih banyak daripada mana mana pemain di EPL sejak 2011.

Sterling menjaringkan gol keenam pada minit ke 80 untuk meletakkan pasukan itu kembali ke persada liga, dengan bermain lebih 1 perlawanan.

Manakala Chelsea pula jatuh ke tangga keenam liga setelah tewas dari segi perbezaan gol dari Arsenal, dengan tekanan kini beralih kepada Maurizio Sarri buat masa sekarang.

ADMIN

Ramai ke yang menonton perlawanan kelab sebelah ini semalam? Hahaha.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman